Sabtu, 24 Mei 2014

Baju, Apple Pie Dan Ubahsuai Baju

Oh kami masih pergi beli baju Aqlan. Apakah.....just like every week we go to buy his new clothes. Alasan kukuh umi dia nak baju sehari 3 helai. Suka tukarkan baju kalau dah comot. Lain2 kami bukan basuh baju dia hari2. Ikut turn ok. Dah la sidai baju dalam rumah. Dengan musim hujan lambat sikit nak kering. Kali ni ke AU2 AEON la. Wah ada construction pula kat parking tingkat atas. Lama tak datang sini. Dah ada anak baru terhegeh2 cari lift dari parking area.

Dah lapar kami lunch kat Sushi King. Ini pun dah lama tak nomnom. Melantak ke apa sampai 16 piring? Makan benda yang sama..

Teh hijau dan supplement hijau








Kemudian balik Puchong ambil Jija. Pergi the curve. Terus ke kedai alter baju, Za Altera. Oh mak habis duit...so buat mukala minta Zcat bayarkan. Ahak ahak.

Selepas itu pergi cari apple pie dengan ice cream. Ini semua pasal rancangan tv Zcat dah terpengaruh. Masuk Coffee Coffee macam tak selesa keluar balik. Pergi The Apartment barula senang. Dan dan tu jugalah Aqlan nak menyusu. Kelubung pink la..



Malam makan Domino's Pizza lak. Dah jangan komplen. Aku memang kuat makan sekarang.

1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.