Sabtu, 21 Julai 2012

1 Ramadhan 1433H - Sabtu

pagi2 bangun sahur jam 5 pagi. kalau tak selalu terlajak2. tapi disebabkan niat puasa, maka mata automatic terbuka sejak jam 4 pagi. lepas tu cakap pada diri sendiri. shhhh tidur balik jam 5 pagi baru bangunla.

jam 5 alarm bunyi. selalu matikan sebab benci dengar. tapi sebab nak bangun bersahur tu kuat, terus bangun on lampu. wah semangat. kan bagus kalau sepanjang hidup macam ni. terjaga waktu subuh pada waktu yang patut.

aku cuma panaskan kuew tiaw yang dimasak malam tadi. eh sedap pulak. minum peppermint tea & air kosong sambil layan Bleach season 2 kat animax. aku memang tak boring layan anime ni.

teringat2 juga masa bersahur dengan mak dan arwah bapak. semua disediakan. kena kejut banyak kali. kemudian bila duduk di asrama bangun cepat2 takut makanan dihidang habis nanti lapar nak berpuasa dengan kena buat kerja2 usrah (ada rotation kemas kawasan asrama). bila duduk dengan kakak pun sama semua disediakan. tahu pisat2 mata, cuci muka makan. banyakla manja aku kan. now dah duduk sorang2 kau buatla semua sendiri. 

mohon kekuatan dari Allah agar dapat buat terawih walaupun 8 rakaat je. selalu witir nak buat sebelum sahur..tapi memang nak bangun pagi solat sunat tahajjud tu hilang dalam mimpila. kemudian mohon juga agar dapat baca Al-Quran dan khatam sepanjang ramadhan ni. duduk asrama selalu bertadarus, bila teringat rasa sayu. dah duduk sorang jadi lemah. apa kes? padahal masa duduk asrama aku hanya seorang budak. dan cuba2 juga buat sunat Dhuha sebab besarnya kesan dia kalau selalu amalkan. 

kalau mak aku yang dah berusia 70 lebih tu boleh buat solat2 sunat, apa alasan aku. benar nak istiqamah dalam beramal sangat susah. cuba2lah ye sebab usia tu makin naik bukan makin turun. ilmu fardhu ain dan kifayah tu mana yang dah tahu buatla. kalau jahil belajar, jangan buat alasan2 bodoh. sebab menentang kejahilan tu wajib.

ilmu tanpa amal dosa. amal tanpa ilmu gila. --> bebelan ini untuk ingatan sendiri sebab kadang2 bila scroll balik baca entry ni di masa akan datang, InsyaAllah aku insaf. siapa lagi nak insafkan diri sendiri, kan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.