memang aku tak jangka mak nak berbuka puasa dengan aku. sebab sebenarnya mak cuma datang singgah nak ambik hp baru yang aku belikan Jumaat lepas. alasan belik ni sebab asal aku call hp mak, aku ter-hello-hello... mak-mak...penat aku, in the end belikan je yang baru. senang. spesifikasi yang utama, boleh buat call. mak aku tak reti sms. so takyah fikir yang lebih dari itu.
dari duduk2, mak kata nak buka puasa kat rumah aku. mak ajak beli barang makan. aku pulak takde mood langsung pergi bazaar ramadhan. sudah, aku rela masak. abang aku pun balik setelah pindahkan barang2 mak ke dalam bonet kereta aku.
kemudian aku cuma duduk menjahit manik kat baju yang ditempah seorang kakak seofis. dah petang baru aku start masak. puding rainbow & nasi lemak. aku cuma masak apa stok yang ada kat rumah. so itulah yang ada. mak pulak cakap lepas isyak nak pergi rumah kak Cupa di Bangi untuk hantar barang. dan hati mak berbelah bagi nak tidur kat sana atau ikut aku balik.
in the end, lepas makan nasi lemak+telur dadar+sambal ikan bilis super pedas, mak aku tak mahu ke Bangi pula. esok jelah katanya. jadi kami pun menghadap puding rainbow yang aku buat satu bekas sebab cadangnya nak bawa ke Bangi, bagi kak Cupa sekeluarga.
gambar? dah aku memang tak sempat ambil dah. masa azan maghrib aku baru terhegeh2 nak masak telur dadar. hehe. alhamdulillah. seronok tengok mak makan. seronok makan buka puasa dengan mak. kalau arwah bapak aku masih ada, aku rasa dia pun akan makan dirumah aku semestinya. eh ye ke? arwah bapak aku tu suka masakan mak.. maybe dia surprise anak dara dia boleh masak. hihi.
Buka posa dgn Nasi Lemak? Wahh sangat berbeza tuh... Best jer dapat berbuka dgn emak, kan? lauk simple pun takpa... enjoyyy!!
BalasPadamtahun ni..puasa pertama ratu bersahur dan berbuka utk pertama kalinya dirumah sendiri 3 beranak.tahun2 lepas CK takde kompemlah duduk umah mak sampai dah nak raya.bangun sahur pun mak kejut utk makan je.kejam tak anak dia.ehehe.tp tahun ni...terasa nak puasa berbuka dan sahur dirumah sendiri sbb next week insyaAllah CK nak balik sini terus dah.tp petang ni rasa cam nak pegi rumah mak berbuka sama2 :)
BalasPadampergi je buka puasa dengan mak. mesti meriah kan. kadang2 nak kata kejam sebab harap mak masak untuk kita, tapi sebenarnya kita rindukan masakan dia dan nak manja sekali-sekala. hehe
BalasPadammesti best kan kalau masih ada orang tua di sini...boleh merasa saat2 macam ni huhuhu
BalasPadamsama la...hehe...
BalasPadam