In

Restoran Serai, Empire, Subang

Dalam Empire Subang, ada banyak kedai makan. kali ni zcat pilih untuk makan di Serai. walaupun begitu dia juga cakap restoran ni agak mahal dan orang beratur panjang untuk masuk. jadi dia nak recall balik kenapa orang sanggup beratur panjang. hmmm..wallet zcat bocor cecah RM70 jugakla..

mari kita tengok trafik dalam restoran ini

cuba senyum tunggu hidangan tiba


masa dah berlalu agak lama

ada orang pura-pura tidur

jug tertanya-tanya mana makanan saya?

makanan akan sampai..sabar lagi

nampaknya orang depan dah dapat makanan, pelik staf pelayan ramai masih tak cukup tangan


saya hampaaaaa

menahan jari, takut terkeluar pisau tajam macam Wolverine

akhirnya air kosong tiba. bukan sebarang kosong ni..

juga tiba air limau kasturi peppermint saya. sangatla sedapp

jadi orang ini gembira

dan mula snap2 gambar balik penuh tenaga

saya berharap air ni tak akan habis2 sebab sedap sangat. kalau nak order lagi tak tahu berapa lama lagi kena tunggu

akhirnya makanan saya sampai, tak silap RM25++

serius makan sebab serius lapar

dan kuew tiaw dia juga tiba

kemudian dia belanja saya macaroon. RM3.50 sebiji. sedap dan kurang manis

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Restoran Hadramawt, Jalan Bukit Bintang, KL

lama dah makan di sini 27 April lepas. ke sini pun sebab zcat dah beli kupon. kata nak try makan. jadi bila guna kupon tak rasa sangat menyesal kalau tak sedap. hahahaha.

kami tiba lepas Isyak. KL sunyi time tu. sebab ada perhimpunan BERSIH esoknya. lantak, asalkan kami dapat pergi makan dengan aman. 

sebelum dapat meja, kita belek menu dulu





dah dapat meja belek lagi..in the end sebab beli kupon, so makanan yang dapat berdasarkan kupon la. tak ingat berapa zcat bayar maklum dah lama


aku memang tak boleh minum air ni. pernah try sebotol kat Saba', Cyberjaya

ice lemon tea sudah

salad. sedap tau

ini pun sedap

sedap jugak

puding ni boleh tahan rasanya

mint tea - harusssss

kan lengang



service is good. you gonna happy..like me.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Pengesahan Sos Tabasco Dari JAKIM


Para penggemar sos Tabasco pasti melonjak riang. Termasukla aku yang suka menggunakannya bila makan dengan pizza. Sejak isu yang lepas pasal sos ni, aku pun dah mula ragu2 jugak. Aku pun stop memakannya.  Sekarang dengan pengesahan dari JAKIM, tak perlu gusar lagi. Cuma wonder, rasa dia sama lagi tak.. Ya Allah if dulu memang tak halal aku makan pulak dengan gembira, ampunkan dosaku Ya Allah.

Sesungguhnya hati itu ditempa oleh makanan, jika baik makanan, baiklah hati dan begitulah sebaliknya.

Mari mujahadah elak makan makanan dimasak oleh orang2 yang tidak solat. Kerana pada zaman Nabi Musa, ada umat baginda yang telah bernazar untuk meminum air kencing anjing sekiranya dia dikurniakan anak. Dengan izin Allah, dia dikurniakan anak. Maka untuk menyelesaikan masalah ini Nabi Musa meminta dia menadah air hujan dari bumbung rumah orang yang tidak solat. Lihat persamaan ini, dan tanyalah diri sendiri, nak makan kat mana malam ni?

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Biore Body Powder Wipes; Just Received The Parcel!

last 2 week aku ada berminat untuk test produk baru dari Biore. kali ni fresh wipes. ada 2 jenis pembungkusan. pink dan light green. yang pink fresh soap & yang light green fresh citrus. ok nanti dah cuba barula aku review. review barang free memang best, lagi best kalau memang sesuai dengan kulit kita. produk Biore ini diimport dari Jepun, jadi aku memang gemar untuk mencubanya.

Gambar? malam karangla update. kat ofis takde wire khas la..

dah test Fresh Soap. aku sekarang mudah naa naik ruam sebab panas kan. sejuk2 je badan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Hobby

Hobi Lama

aku dah lama tak menjahit manik. sejak2 aku pindah masuk kerja Nadin ni susah sikit aku nak menjahit. padahal rasanya masa kat Stagno tu dulu aku lagi sibuk. dengan nak balik naik bas, train. penat..

tiba2 je ada sorang kakak kat ofis tu tanya berapa harga aku kenakan untuk jahit manik kat lengan baju. aku pun cakapla. esok2nya aku dapat je baju raya dari dia untuk dijahit manik. aiyyy... aku pun tak tolak. aku iyakan jelah.

misi mencari manik pun bermula. kat Kedai Bunga Reben di jalan TAR la nampak gayanya. aku suka gunakan manik dari Jepun, Miyuki. memang mahal la. aku beli pun memang dalam pek2 kecil je. sebab setiap kali jaihit sehelai baju, aku mesti beli manik baru. sudahnya berlambak baki manik2 yang aku kumpul sejak tahun 2004. 

untuk kak Sha, aku jahit ringkas je. dia pun tanak yang pelik2 karang harganya pelik2 dia cakap. terus-terang jahit manik perlukan konsentrasi. aku pun bukan pandai sangat design manik. tapi adalah aku belajar melalui buku manik yang aku beli dan dari internet. 

satu je perangai buruk aku jahit manik ni, aku kena ada mood. kalau tak..memang tah apa2 jadnya, warna tertukarla, terkurang manik dalam setiap jahitanla..macam2. sudahnya aku yang penat sendiri kena tetas balik. memang pitam kalau jahitan yang complicated.

1st layer. terhegeh2 buat 2nd layer sekarang. mood takdela katakan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Abu Ayub Al-Ansari Bin Musa

triple A. budak kecik ni lahir sama dengan hari lahir abang sulung dia. mengikut masihi. 3 Feb 2012. budak kecik ni tak kenal aku kalau aku datang main2 dengan dia. mintak maaf budak kecik, sebab auntie tak dokong kamu selalu. auntie ngeri pegang budak kecik. hahahaha. even auntie ada 49 anak buah dan 5 cucu saudara. dah jadi nanny la auntie kamu ni.

24 March 2012 - er 1 bulan dan beberapa hari

29 May 2012 - 3 bulan dan beberapa hari

28 July 2012 - 5 bulan dan nak masuk 6 bulan
ini adalah budak yang aku tak jaga langsung. berapa orang baby yang rapat dengan aku masa diorang memang baby? kemudian bila dah besar mereka lupa atau mereka segan2? hahaha. kalau dikeluarkan cerita bagaimana aku dodoikan diorang, mandikan? jangan harap! cuci lampin diorang yang penuh najis, lap kencing merata-rata tu memangla mesti diorang malu. hahahaha. ok aku pun malu jugak kalau kakak jiran sekampung buka cerita masa diorang jaga aku masa kecik2 dulu.

dah besar jadi orang berguna okay. maasa kecik memang comel. dah besar harus handsome macam abang dia.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Duit Raya Sudah Tukar?

ya aku sudah tukar sejak Jumaat lagi. melampau awal? wei dah bank kata boleh tukar, baik tukar sekarang sementara ada stok kan. bagus juga bila berkawan dengan orang bank ni. hehe.

duit RM50 takde sebab takde cetakan baru. hihi. macam sayang pulak duit RM100 & RM20 tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Restoran Mosin Speciality - Mumtaz Naan

aku ke restoran ni kali pertama tahun lepas masa 1st time lari dengan ntv7. kali ni pergi lagi sebab zcat nak makan roti naan sedap. aku pulak tengok je. 

kemudian dia bagi aku rasa sikit. eh sedap pulak. ler next time nak try la sekeping. hihi.

Mumtaz Naan - cam pizza nipis

roti kosong je

kuah kari sedap weh..dhal pun sedap

zcat suka teh o

maaf, teh tarik sedap aku dah jumpa kat Bandar Tasik Selatan. apa tah namanya
Restoran Mosin - TTDI (dekat dengan Uncle K)
No 27, Jalan Wan Kadir 2, TTDI

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Buka Puasa Hari Pertama Dengan Mak. Itu Penting!

memang aku tak jangka mak nak berbuka puasa dengan aku. sebab sebenarnya mak cuma datang singgah nak ambik hp baru yang aku belikan Jumaat lepas. alasan belik ni sebab asal aku call hp mak, aku ter-hello-hello... mak-mak...penat aku, in the end belikan je yang baru. senang. spesifikasi yang utama, boleh buat call. mak aku tak reti sms. so takyah fikir yang lebih dari itu.

dari duduk2, mak kata nak buka puasa kat rumah aku. mak ajak beli barang makan. aku pulak takde mood langsung pergi bazaar ramadhan. sudah, aku rela masak. abang aku pun balik setelah pindahkan barang2 mak ke dalam bonet kereta aku.

kemudian aku cuma duduk menjahit manik kat baju yang ditempah seorang kakak seofis. dah petang baru aku start masak. puding rainbow & nasi lemak. aku cuma masak apa stok yang ada kat rumah. so itulah yang ada. mak pulak cakap lepas isyak nak pergi rumah kak Cupa di Bangi untuk hantar barang. dan hati mak berbelah bagi nak tidur kat sana atau ikut aku balik.

in the end, lepas makan nasi lemak+telur dadar+sambal ikan bilis super pedas, mak aku tak mahu ke Bangi pula. esok jelah katanya. jadi kami pun menghadap puding rainbow yang aku buat satu bekas sebab cadangnya nak bawa ke Bangi, bagi kak Cupa sekeluarga.

gambar? dah aku memang tak sempat ambil dah. masa azan maghrib aku baru terhegeh2 nak masak telur dadar. hehe. alhamdulillah. seronok tengok mak makan. seronok makan buka puasa dengan mak. kalau arwah bapak aku masih ada, aku rasa dia pun akan makan dirumah aku semestinya. eh ye ke? arwah bapak aku tu suka masakan mak.. maybe dia surprise anak dara dia boleh masak. hihi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

1 Ramadhan 1433H - Sabtu

pagi2 bangun sahur jam 5 pagi. kalau tak selalu terlajak2. tapi disebabkan niat puasa, maka mata automatic terbuka sejak jam 4 pagi. lepas tu cakap pada diri sendiri. shhhh tidur balik jam 5 pagi baru bangunla.

jam 5 alarm bunyi. selalu matikan sebab benci dengar. tapi sebab nak bangun bersahur tu kuat, terus bangun on lampu. wah semangat. kan bagus kalau sepanjang hidup macam ni. terjaga waktu subuh pada waktu yang patut.

aku cuma panaskan kuew tiaw yang dimasak malam tadi. eh sedap pulak. minum peppermint tea & air kosong sambil layan Bleach season 2 kat animax. aku memang tak boring layan anime ni.

teringat2 juga masa bersahur dengan mak dan arwah bapak. semua disediakan. kena kejut banyak kali. kemudian bila duduk di asrama bangun cepat2 takut makanan dihidang habis nanti lapar nak berpuasa dengan kena buat kerja2 usrah (ada rotation kemas kawasan asrama). bila duduk dengan kakak pun sama semua disediakan. tahu pisat2 mata, cuci muka makan. banyakla manja aku kan. now dah duduk sorang2 kau buatla semua sendiri. 

mohon kekuatan dari Allah agar dapat buat terawih walaupun 8 rakaat je. selalu witir nak buat sebelum sahur..tapi memang nak bangun pagi solat sunat tahajjud tu hilang dalam mimpila. kemudian mohon juga agar dapat baca Al-Quran dan khatam sepanjang ramadhan ni. duduk asrama selalu bertadarus, bila teringat rasa sayu. dah duduk sorang jadi lemah. apa kes? padahal masa duduk asrama aku hanya seorang budak. dan cuba2 juga buat sunat Dhuha sebab besarnya kesan dia kalau selalu amalkan. 

kalau mak aku yang dah berusia 70 lebih tu boleh buat solat2 sunat, apa alasan aku. benar nak istiqamah dalam beramal sangat susah. cuba2lah ye sebab usia tu makin naik bukan makin turun. ilmu fardhu ain dan kifayah tu mana yang dah tahu buatla. kalau jahil belajar, jangan buat alasan2 bodoh. sebab menentang kejahilan tu wajib.

ilmu tanpa amal dosa. amal tanpa ilmu gila. --> bebelan ini untuk ingatan sendiri sebab kadang2 bila scroll balik baca entry ni di masa akan datang, InsyaAllah aku insaf. siapa lagi nak insafkan diri sendiri, kan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Hadiah Dari Kawan2 Office

hadiah kali ni pergi beli sendiri. haha. memang lucu tapi seronok dapat pilihkan. jadi aku pun pilih..

sampul beli sendiri

pilih kedai sendiri

sendiri tambah duit kalau tak cukup. ok aku tambah RM16.50 je.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe