Jumaat, 14 Mac 2014

Urut Selepas Bersalin Secara C-zer Dan Pantang Larang Serta Petua

Apakan daya. Harap normal anakku nak keluar ikut tingkap gak. Tingkap pun tingkapla asalkan ko selamat nak.

Sebab mama ko dah kena belah nak berurut pun bukan boleh pakai urut je. Nak kena tunggu seminggu. Jadi hari ke-8 barulah Kak Ina tukang urut datang.

Mula2 aku nak kenalkan siapa kak ini ni. Aku pun pening kepala gak nak cari tukang urut lepas buat keputusan nak berpantang di Puchong. Sekali aku teringat akak ni. Akak ni best friend Kak Cuma, kakak aku. Kitorang sekampung sefelda Sg. Koyan tu. Siap rumah dia dulu tempat aku main buaya2 lah. Pergi makan lunch la. Petang2 datang minum teh o la. Muka tembok kan. Sebab aku selalu datang main dengan anak buah dia. Hehe. Ok dah.

Disebabkan kenal lama maka takla malu sangat nak berurut.

Jam 10pagi dia muncul.  Mengurut tangan kaki dan belakang badan je. Kat perut mana bleh. Kata mak potong. Denyut2 masih ada..

Pastu bertungku pun kat pinggang paling lama. Sebab aku tak boleh baring. Aku memang tidur menyandar dinding je. Sakit memangla. Belum masuk time menyusu pun boleh duduk je. Tak dapat nak mengiring bagai sebab bisa.

3 hari berturutan aku diurut. Bertungku start hari ke2 je sebab akula mula2 tanak. Pastu bila dah kena...sedap pulak.

Kat tangan kiri paling banyak angin sebab tangan aku sakit dah lama. Tambah plak aku kena dokong Aqlan setiap kali menyusu. Aqlan ni nampal kecik je tapi antan kata Kak Ina.  Maksudnya tulang berat. Kalau dah melayan menyusu tu mahu 1 hingga 2 jam. Kenapa lama ek.

Ok..sebelum mengurut walaupun ada susu tapi sikit. Cair dan tak mengenyangkan. Jadi kena la bancuh susu formula.  Jadi lepas dah diurut breast tu barula susu keluar lebih. Aku cubala menyusukan tanpa  bantuan susu formula.  At least 2 auns je kena bagi. Aqlan ni menyusu kuat betul. Marah la pulak kalau tak kenyang susu. Udah aku nak kena beli makanan tambahan pulak. Katanya brand Shaklee
bagus.

Pastu discover macam2....

Aqlan taik mata bertepek sejak 3 hari lepas. Jadi petuanya titiskan susu dari breast sebelah kiri. Kata Kak Ina susu sebelah kiri mewakili air. Sebelah kanan, nasi atau makanan pepejal.

Luka aku masih berdenyut2. Aku makan sup ikan je sejak bersalin. Ikan merah, ikan bawal, ikan siakap. Attention ikan yang bersisik tak boleh makan oiii rupanya. Itu pasal luka aku bisa. Bila  Kak Ina datang dia suruh aku makan ikan tenggiri atau selar je.

Jadi aku pun makan ikan tenggiri goreng. Sedap sikit. Bisa pun hilang. Makan pula dengan nasi panas dan lada hitam. Pergh terbaik. Yang tak baiknya terlebih makan lada hitam, Aqlan pulak kena berak2 dan taik mata makin banyak.  Ok take note kurangkan pepper or jangan makan langsung sebab susu aku jadi panas..anak aku lak yang sakit. Cian. Cian..

Masa Kak Ina tukarkan lampin pulak baru dia teringat yang anak ni kena tuamkan nonet dia untuk elakkan angin pasang. Maka ubatnya ialah habbatus sauda atau jintan hitam. Masukkan dalam kain perca buat macam uncang sup adabi gitu. Hangatkan pada iron dan tuamkan perlahan2 2x sehari selepas mandi. Ok...

Kepala baby pun nak dicover supaya tak masul angin.  Aku selalu biarkan je sebab Aqlan ni sudah kena ruam. Panas tak boleh langsung budak ni. Aircond 24jam la ek..

Bab minum air sampai 3 liter tu aku tak dapat buat. Selalu gagal mencapai target. Yang pasti ubat doktor dah nak habis aku telan. Ada orang cakap jangan minum banyak nanti kembang urat. Masalahnya aku tak minum kering tekak wei.. azabnya bila batuk, bersin dan ketawa kalau tekak kering.

8 ulasan:

  1. aku minum air banyak....sebab aku penting kan anak aku..hehehe lg minum byk susu lg banyak...banyakkan sayur makan eh..mak aku masak pegaga, lobak putih, sawi mesti ada ....aku banyak makan ikan bilis je...baby boy mmg kuat menyusu..aku cadangkan minum petang ko minum horlicks ye...horlicks pun kalau kat diri aku milk booster

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulsh. Kes kembang urat nanti urutla balik..aku horlicks tak lalu la.. Adoyai

      Padam
  2. Beb. Kena cari tukang urut yg btul2 org lama. Aku hari ke 7 dah urut sume badan trmasuk perut. Klu idak, sengkak angin kt perut. Sakit ooo smpi x leh bgun. Aku urut 3x plus ubat2 skali. Pas tu berlari pun boleh. Hehehe. Tpi mahal la, package aku, urut, sauna, infrared n ubat2 smpi sbulan herge 1000.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tahu pasal sengkak tu. Kalau tak urut kang rahim jatuh kan. Tapi tukang urut suruh tunggu lagi sebab aku masih rasa bisa2 kena belah ni..

      Padam
  3. Hye sis boleh share dgn sy no phone massager u? I nk urut pas bersalin czer jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Azie. No akak tu 0172426991. Akak ni busy bee sikit. Rajin2la tanya dia ya.

      Padam
    2. as salam anis
      ada kontek no baru kak ina tu tak
      sbb try kol lelaki cina yg jwb

      Padam
    3. Dear Dha, sila contact nombor +60 10-207 6819

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.