Setelah bersalin selalu orang makan jamu lah letak pilis param bagai kan. Aku ni ada unsur moden sikit bab tu. Jadi aku sebelum bersalin dah order beli barang keluaran Hiraq.
Hiraq ni owner dia Raja Mazian bekas pengacara/pembaca berita kat TV3 dulu. Jadi barang keluaran dia aku boleh percaya sikit. Katanya makanan mengikut sunnah. Salah satunya kurma. Aku ni kurma susah sikit nak makan. Kalau dah jadi jus aku boleh telan. Sebab aku memilih sangat jenis kurma. Aku suka kurma bertangkai actually. Haha.
Jadi aku pun beli Karmila 3 botol. Susu kambing dalam bentuk sachet 10 bungkus. Rempah mandian. Sabun untuk hilangkan kesan hitam akibat mengandung. Tapi... bila aku dah kena belah ni aku.perlulan jeli gamat. So aku beli 2 botol. Hari ni baru dapat jeli gamat tu.
So bila dah beli cecah RM200 automatik jadi ahli. So dapat diskaun. Setakat ni aku kirim dengan Maria je. Kawan ofis. Tak pernah lagi beli sendiri sebab kalau beli kat stokis dapat diskaun. Kalau kat kedai2 jamu tu
taktaula kan. Sebab aku pernah mencuba beli dulu masa belum jadi ahli memang bayar harga asal la.
Susu kambing Hiraq ni tak berbau. Minum sepeket cukup. Air dalam 200ml je. Tapi aku tetap suka tambah dengan jus kurma yang aku beli kat kedai Mehnaz Shah Alam. Aku minum pun sejak pregnant. Walaupun ada gak aku ponteng minum. Haha. Dah bersalin ni nak jaga kan...jadi aku wajibkan diri minum hari2. Tapi aku start minum semua ni Jumaat lepas je. Masa kat hospital tak bawa.
Apa yang aku rasa aku agak bertenaga sikit. Aku turun naik tangga walaupun macam sloth lambatnya sejak aku balik. Walaupun
ada yang bising tapi kadang2 ada benda aku nak time tu, nak minta tolong takde orang. Jadi aku selamba je.
Karmila tu lebih kepada rasa kurma. Ni kena makan 3x sehari sebelum makan. Cukup 1 sudu besar je. Makan sebeleum makan. Sama gak dengan jeli gamat tu.
Jeli gamat tu ada campuran roselle. Jadi rasanya sedap. 2x sehari je. 2 sudu besar. Lepas makan ni kesannya aku rasa perut aku mengempis sikit. Yelah lepas bersalin kan perut buncit macam 6 bulan mengandung kekdahnya.
Herba mandian dalam uncang. Ada 10 je. Sedap gak badan pas mandi. Nak tunggu daun2 direbus belum dapat lagi daun2nya. Jadi mandi je pakai apa yang ada.
Sabun untuk hilangkan kesan daki tu pulak sampai la ni aku belum try. Aku pun asyik dok lupa.
Last sekali aku minum pati ikan haruan. Katanya nak sembuhkan luka dalaman. Zcat belikan brand Polleney. Yang ni bagus juga. Aku mula2 tutup hidung takut tak boleh telan. Sekali dah telan ok je. Apa1 jelah asalkan aku sihat dan boleh menguruskan rumahtangga kami. Hehe. Dah lama tak masak2 dan kemas rumah. Mampu tengok je...
Isnin, 10 Mac 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bagus gak eh hiraq..ok next baby try hiraq
BalasPadamSusu kambing paling bagus. Alhamdulillah aqlan tak kena kuning. Takat ruam akibat kepanasan je.
Padam