Sabtu, 15 Mac 2014

Ulang Tahun Ke-10 Alam Pekerjaan

Aku mulakan kerja secara professional pada 15 Mac 2004. Syarikat pertama aku bertugas ialah ST dotCom SB. Jawatan pertama Junior Account Exec dengan gaji cuma seribu sebulan. Apasal aku terima kerja ni walaupun gaji kecil? Sebab aku terdesak untuk bekerja. Ofis di Wisma Central Jalan Ampang tingkat 6 tak silap aku.

Tahun yang sama bulan 10 aku dipindahkan ke HQ. So kerja dengan parent company Stagno Tech SB.

15 Ogos 2007 aku bekerja dengan Nadin Group di Ampang Point Shopping Centre pula. Gaji hampir 2 ribu. Oklah aku pun mampu beli kereta bulan Mei tahun berikutnya.

Hujung April 2012 aku dipindahkan ke Menara MBf. Dan pada 1 Disember 2012 aku dipindahkan pula dibawah MBf Holdings Bhd.

Yang sebenarnya aku rindu dengan suasana bekerja di Petrosains KLCC. Aku menjadi volunteer disana bermula April 2001. Cari duit poket semasa menuntut di UKM dulu.

2 ulasan:

  1. Teringat pulak aku yg entertain ko masa report keje hehhhe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak terkujat masa tu ko pakai selendang kot..masa berlalu..rindu dengan geng2 makan time lunch dan dinner. Best je time tu..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.