Saturday, March 8, 2014

Lahir Ber - aircond Balik Rumah Masuk Popcorn

Itulah kata opahnya Aqlan. Mak mertua aku jauh datang dari Ipoh nak tengok cucu pertamanya. Penyambung zuriat arwah pak mertua yang tak pernah aku jumpa - beliau sudah lama meninggal dunia.

Muka opahnya bersinar2 tengok si Aqlan. Masa menyusukan dan memandikan paling dia suka.

Aku tentulah bersyukur mak mertua tolong jaga anak aku. Nak mandikan Aqlan yang kecil dan panjang ni ngeri tambah pula aku bukan boleh duduk atas lantai. Bisa pembedahan masih terasa..

Disebabkan cuaca yang panas sekarang ni mak mertua suruh anak lakinya beli aircond. Kesian kat cucunya muka merah2 tahan kepanasan.  Alolololo... kipas pasang sampai 2 pun masih hangat rumah kami ni. Dok berbincang akhirnya aircond berjaya dibeli jenama Mitsubishi. Opahnya sanggup bayar separuh. Ya Allah terima kasih rezeki untuk si anak ni..

Itu rezeki baik. Ujian pula hari ni papanya kena chickenpox.  Kenalah pulak tidur berasingan. Dudukla Zcat kat tingkat bawah. Kami berdua menerima dengan sabar. Kami berdua berdoa anak kami tak kena penyakit berjangkit.  Biar kami je dapat sakit. Betapa hebat perasaan kasih bila dah jadi ibu bapa. Tengok muka si Aqlan ni pun kadang2 aku menangis sendiri. Entah.  Terlalu bersyukur dengan kehadirannya.

Dah jadi mak mak memang keja nak tayang muka anak. Tapi takpelah hold dulu.  Nak pergi belek buku nama untuk anak. Kot biarlah ada 2 nama.
Previous Post
Next Post

About Author

6 comments:

  1. Welcome to.motherhood...perasaan yg tak boleh nk digambarkan...seronok sgt...sebak

    ReplyDelete
  2. Tahniah! dah lama tak jengok bloh erichan~last bukak dah ada anak, AlhamduliLLAH

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tak boleh lagi. Adzman masih chickenpox. Dah 8 hari umur budak ni.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.