Saat nak merisik kumpul duit. Nak menikah kumpul duit. Nak resepsi kawin menyimpan lagi. Yang penting jangan berhutang...
Begitulah bila dah kahwin mesti nak dapatkan anak. Kos membesarkan anak jangan fikir banyak sebab rezeki anak ni Allah dah tentukan. Tak payahla terlampau nak berkira. Rezeki datang dari sumber tak terduga. Bacalah ayat 1000 dinar dan fahami ceritanya. Bacalah surah Al-Insyirah dan fahami juga cerita di sebalik penurunan ayat ni. Juga ingatlah rukun iman yang ke enam iaitu percaya kepada qadak dan qadar. Pastu hati pasti tenang kalau boleh terima ketentuannya.
Panjang ek mukadimah kos...
Disebabkan aku mengidap hypertension jadi aku dijadualkan awal untuk bersalin. Kata gynea to avoid baby lemas. Jadi 4hb jam 12 malam aku check-in masuk bilik hospital nama Jebat. Bilik untuk seorang pesakit. Pilihan Zcat. Jadi dia boleh temankan aku sepanjang masa dirawat.
Company Zcat hanya tanggung RM2500 untuk kos bersalin. Kalau lebih kena tanggung sendiri. Tapi yang bestnya company dia akan bayarkan semua kos dulu dan akan potong gaji untuk bayar balik secara ansuran. Jadi kami berdua dah lega di situ.
Maka aku pun menerima rawatan. Yang pertama induce untuk paksa bersalin secara normal. Maka aku pun merasakan pengalaman contraction selama 6 jam. Setelah dicek maka bukaan hanya 1cm. Loh kena induce lagi. And bila cek bukaan 1.2cm je. Loh...kena lagi. The last induce aku alami contraction hampir setiap 7 minit. Maka harapan nak melahirkan secara normal tu tinggi. Jam 6 pagi 5hb tu kena cek bukaan ialah 1.5cm. Gynea pun cakap. Ok Anis kita go for caesarean ya. Aku pun blur....air selusuh dah. Yang tak ingat nak buat minum air akar fatimah dan tak sempat pun lagi bila dapat petua minum kopi dengam telur mentah. Aku dijadual masuk ke bilik pembedahan jam 730am.
Maka aku pun mandi kali terakhir pagi tu. Cuci rambut dan tengok perut. Asalkan ko selamat nak..
Lepas solat subuh aku pun bersiapla. Jam 730am nurse datang bawaku pergi. Aku tak mahu naik wheelchair dan itu memang keputusan yang tepat.
Perasaan masuk bilik pembedahan ni memang bercampur baur rasanya.
Mula2 kena tukar baju.
Kemudian duduk dikatil dan ditanya adakah memakai sebarang barang kemas, pernahkah menjalani pembedahan, ada allergic kepada mana2 ubat, kemudian menunjukkan surat akuan untuk menjalankan pembedahan ke atas diri aku.
Lepas tu aku dicucuk untuk drip air. Mula2 sebelah kiri tak lepas pastu dicuba bahagian lain kiri juga. Aku cakap tanganku sakit sebelah kiri jadi sebelah kananla kena.
Ubat bius disuntik pada tulang belakang. Takdelah sakit mana. Bukan epidural ya. Aku tak ambil.
Urine bag dipasang. Water drip juga.
Selepas dibius aku dibaringkan. Kaki dah rasa kebas sampai separuh badan barulah gynea aku masuk untuk mulakan prosedur. Ah berdoalah banyak2. Betapa getarnya jantung.
Aku separuh sedar bikini line aku dibelah. Aku sedar pembantu2 doktor menolak dari atas dada untuk mengeluarkan bayiku. Zcat dipanggil masuk untuk menyaksikan sendiri kelahiran bayi kami. Kemudian aku dengar tangisan. 3 kali. Dan Zcat azan. Airmata mengalir. Bayi ditunjuk untuk menunjukkan jantinanya. Ya lelaki seperti yang aku harapkan.
Kemudian aku diberi ubat tidur. Aku mamai2 je semasa sampai di bilik dan sedar Jija menyarungkan stokin. Kemudian semuanya gelap.
Saat gembira ketika bayi kami diletakkan di sebelah katil. Aku cuma mampu lihat dari katil kerana tak berdaya untuk bangun. Ya aku tak ingat jam berapa aku sedar. Yang aku tahu Jija sudah mahu ke ofis dan Zcat terus setia menemaniku.
Huhu.
Khamis, 6 Mac 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aku nasib baik czer gomen...free sbb panel..yg penting selamat
BalasPadamlps czer x sedar ek?huhuhu...sy sedar smpai abes proses smpai tolak ke wad
BalasPadamDoc cucuk ubat tidur. Dia suruh rest. Itu yang i ingat dia cakap lepas i dapat tengok baby lepas dilahirkan.
Padam