Isnin, 14 April 2014

Amalan Yang Aku Lakukan Ketika Mengandung

Dah 41 hari baru nak cerita ek. Bukan apa saja nak share dengan bakal ibu yang nak bersalin.  Kot sempat lagi korang nak ikut.

Masa pregnant hanya tahu bila kandungan dah 18 minggu camtu. Memang aku takde ambil pil apa2 sehingga jumpa doctor dan mereka cadangkan makan obimin.

Lepas jumpa kali ke 2 mereka suruh makan pil kalsium untuk tulang. Dan makan neurogain untuk perkembangan otak bayi. Memang ada kawan2 yang dapat preskripsi yang sama tapi ada yang tak mahu makan. Aku pun berhenti kejap obimin sebab nasihat mak mertua. Tapi bila jumpa doktor, aku cerita doktor suruh makan balik. Lepas tu aku makan tanpa culas. Memang kita tak tahu adakah ubat ni betul berkesan atau tidak. Hanya usaha.

Kemudian seorang kawan kat ofis ni suruh aku minum susu kambing dan makan kurma. Banyak nasihat lain juga macam minum susu soya minum air kelapa dan macam2.  Aku hadap susu kambing Hiraq dengan jus kurma. Memang kurma aku payah sikit nak makan.

Bab pantang makanan lak aku tak pantang sanngat. Semua aku belasah kecuali jeruk. Aku ada season nak makan western je. Ada tu nak makan ikan je. Ada tu nak nasi lemak je. Hahahaha. Buah-buahan penting ok. Elak sembelit. Berapa kali kena sembelit masa pregnant? Tak tahula tapi memang azab. So better makan serat dengan banyak. Aku suka sangat betik. Especially yang Zcat belikan di pasar Sungai Besi. Maybe breed dia berkualiti.  Manissss..

Dari segi rohani..oh ya kena bagi makan gak..ko nak anak yang bijak bacalah surah Luqman. Mudah bersalin surah Maryam. Anak yang molek cantik bacalah surah Yusuf.  Aku khatamkan Quran seperti nasihat kakak aku. Katanya kalau boleh baca dengan terjemahan.  Aku baca Quran, Zcat baca terjemahan. Tapi aku just sambung dari bacaan aku yang lepas. Takdelah mula semula. Aku juga baca Yasiin pada minggu akhir. Alhamdulillah anak aku ni jarang menangis.

Selain itu doa doa dan doalah selalu. Selalu ucapkan doa tak kira masa. Kadang usap perut doa supaya anak ni sihat sempurna dan soleh. 3s. Alhamdulillah setakat ni belum ada sakit yang merisaukan. Setakat hidung tersumbat, tahi mata bertepek sebab kepanasan-aku tak boleh makan pedas, dan kulit mengelupas sebab cuaca. Doktor kata tak boleh panas tak boleh sejuk sangat.

Aku doakan pembaca yang sedang mengandung supaya dapat melahirkan anak dengan selamat.

Aku memang berdoa nak lahirkan anak secara normal. Tapi Allah lebih tahu hikmahnya kenapa aku akhirnya perlu menjalani ceaserean juga. Itulah yang terbaik untuk aku. Yang mungkin aku akan sedari perlahan-lahan.

Ya berjalan la banyak2.  Elok untuk anda nanti dah bersalin terbaring je kebosanan. Hehe.

7 ulasan:

  1. btol tue..sy pregnt anak ke dua.. western je.. anak sulung charkoteaw..huhu.. jalan2 blog awk.. nice sharing..


    http://ourlovebonding.blogspot.com/2014/04/stimulate-atau-rangsang-pengeluaran.html

    BalasPadam
  2. next baby aku tak nak makan western n fast food..aku serik fayel jaundice lama 30 hari...peknen kan dia aku tak suka nasi...aku tak minum susu kambing itu silap aku dulu la...tapi vitamin semua aku telan..namun aku bersyukur aku pregnant ada ubat lain tp Fayel lahir sempurna..Ya Allah syukur sangat2

    BalasPadam
  3. Msa pregnant, sgala bagai fast food x mkn. Tak boleh msuk tekak. Nak nasi+ikan n teh tarik jer. Pas tu mnum low fat milk hari2. Susu kambing pun x minum. Alhamdulilah anak xde kuning

    BalasPadam
  4. Pelik kenapa x boleh mkn obimin. Aku mkn obimin plus smpi la beranak. Tu pun doc klinik swasta yg suggest. Expensive skit la sbb obimin+omega 3.

    BalasPadam
  5. Jika ada yg berminat utk mencuba susu kambing Lennoza, susu kambing diformulasikan 7mknn sunnah (Kurma, Kismis, Habbatus Sauda, Zaitun, Za'faran, Delima, Buah Tin) boleh Whatsapp sy di no 0183793656.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.