UNTUK IBU
Seluar dalam maternity. Jangan berangan seluar masa sebelm mengandung masih muat. Tapi aku tak beli. Masa mengandung aku masih pakai seluar dalam biasa. Cuma saiznya XL. Dah semua mengembang. Bila ada seluar dalam maternity ni contohnya jenama Fiffy ko boleh cuci or buang sebab kain dia cotton memang sedap. RM7.90 untuk 3 pasang di Manjaku. Haa seluar ni Zcat yang tolong belikan masa lepas bersalin sebab seluar dalam pakai buang aku tak muat. Kata doktor ketat. Tak sesuai. Dalam hal ni aku mesti kata Zcat sangat bagus sebab belikan untuk aku seluar yang sangat selesa. Senang nak tepek pad maternity yang lebar.
Maternity pad. Wajibla ada. Sama ada ko nak bersalin normal atau tidak. Darah nifas memang banyak. Cuma macam kes aku seminggu je darah banyak. Lepas tu dah berkurang. In the end pakai panty liner je. Nasibla aku ada beli juga brand Libresse. Tapi aku pulak dah beli maternity pad jenama Pureen, pad maxi brand Laurier 35cm panjang dan brand Kotex 32cm panjang. Banyak memang banyakla. Sebab darah tak banyak so pad ni boleh simpan untuk period esok esok. Yang pad maternity tu aku nak bagi orang jelah kot. Aku nak bersalin lagi tak tahulah bila.
Nursing bra. Dah ko nak menyusu anak nursing bra la paling sesuai.. aku ada beli 2 brand. Brand Avon tak best. Sebab dia nipis sangat. Jadi ko perlu pakai pad untuk elak kesan yang memalukan. Brand Adora ke Arora yang aku beli di One Baby World best. Fashion dia pun menyelesakan. Cotton pulak tu.
Kain batik. Bukan apa senang ko nak pakai senang juga nak tanggalkan. Lagipun takdela berbekas perut tu nanti sebab lepas bersalin perut masih kembung sebab rahim belum mengecut. Tapi aku dalam minggu ke 3 dah pakai seluar tapi saiz XL la. Senang nak turun tangga. Tak mudah tertanggal macam kain batik. Hahaha. Lagi satu aku prefer skirt labuh. Pun mudah.
T-shirt. Duduk rumah senangla pakai t-shirt je nak menyusukan pun senang. Janganla pakai baby T pulak. Tak bernafas lak. Aku pakai lengan pendek je. Takdelah aku nak menutup penuh tangan ni sebab kepanasan.
Nursing Blouse. Ni sebab bila nak pergi klinik nak cucuk anak tu kalau budak tu melalak senang nak menyusu. Aku tak beli poncho sebab aku rasa macam rimas je. Harga macam mengarut je mahal. Rm40 ke atas tu aku tengok. Tapi bila nak susukan budak janganlah kat tempat awam pulak. Carilah bilik khas atau surau. Atau dalam kereta. Itulah yang terjadi waktu aku pergi bawa Aqlan jumpa doktor.
Stoking. Aku pakai tak sampai sebulan pun. Sebab sehelai je yang selesa. Ada 2 sebenarnya tapi dah hilang sejak aku keluar hospital. Tapi kalau pergi keluar aku memang pakaila.
Selipar dalam rumah. Lantai sejuk. Dah tak pakai stoking pakaila selipar. Aku pakai selipar yang diambil kat hotel2 semasa kitorang menginap dulu2. Banyak je. Jimat dah.
Makanan tambahan untuk menambah kekuatan dan memulihkan tenaga badan. Seperti satu kewajipan benda ni kena ada. Buatla 2 persiapan. Supaya bila dah terberanak cara ceaserean kena ada tambahan pula. Tapi bergantung juga kemudahan untuk mendapatkan bekalan. Macam kes aku tiba2 nak kena makan ikan haruan. Senang. Beli je pati. Mana2 kedai ada jual. Tapi jeli gamat? Tak semua kedai ada. Sebab dia agak special. Bagi aku befah atau normal makan jeli gamat ni bagus. Membantu memulihkan luka dalaman. Kalau tang jamu aku memang tak beli langsung sebab aku nak style moden dan sunnah. Jadi aku beli Hiraq. Untuk tambahan susu beli Shaklee. Memang berkesan. Ada hari aku tak makan sebab terlebih susu dah bengkak pula. Aduss.
Bengkung. Aku beli style Indonesia punya. Ni kawan aku la dok gebang suruh beli. Beli2 tak pakai sebab dah kena bedah. Simpan jelah. Kata doktor kalau next baby boleh normal maka 3rd still can be normal. But if 2nd caesarean then 3rd also. Wah speaking lintang pukang. Sebab pembedahan tempat yang sama juga..hukhuk.
LAIN-LAIN
- Termos.
- Tisu.
- Minyak Gamat.
- Minyak Angin - ni aku tak suka jadi aku takde beli. Haha. Nanti aku pening susah. So kakak aku ada berikan Minyak Barut HPA.
- Nursing Pillow. Selain guna semasa susukan baby, bawa tidur pun sedap sebab bentuk U dia akan menyokong tulang dan bahagian belakang kiri kanan. Aku beli kekabu sepenuhnya RM75 di Little dje Shah Alam.
- Minyak untuk hilangkan parut. Macam Bio Oil dan L'occitane Almond Oil. Itu memang aku beli sebelum bersalin. Masa mengandung dah pakai untuk strech mark.
- Nipple cream. Ko maybe terluka ketika menyusukan anak.
P/S kalau ada tertinggal nanti aku edit balik. Sebab ni je benda yang dapat aku fikirkan.
ko beli shawl untuk menyusu pun tak pe..aku pakai shawl menyusu public...
BalasPadam