In

27 Rabiulawal 1436

hari ni bersiap nak hantar Mama masuk IJN. sudahnya aku, Aqlan dan Jija pergi KLCC. Zcat settlekan semua pendaftaran Mama.

di KLCC ingat tak ramai orang. hurm penuh kemain. cari makanan Aqlan. tu je yang penting pun. masuk Isetan dan Cold Storage. singgah Kiehls. dan terkejut tengok Lovisa dah pindah ke Concourse. nak shopping tapi tak boleh. tak sempat.

jam 4 macam tu sampai IJN. ok nak lawat bawa baby lepas jam 6 petang. okayyyyyy. nasibla IJN ni cantik dan sejuk. pusing2 la dan makan di Gloria Jeans.
Pintu lift yang cantik

Ruang menunggu

Sink dalam bilik Mama

Deco

Nampak Menara Yayasan Selangor

Dalam Bilik ni ada bilik air tapi takdela pulak aku nak ambil gambar macam stay kat hotel. Overall bersih dan luas gila. Katil tambahan boleh simpan tutup jadi almari. Caj bilik ni RM200 sehari. Gomen taja RM20 je. Bilik 5 orang lebih murah tapi kami rasa Mama perlukan peaceful place.

Mama dijadualkan surgeri hari esok. Semoga tiada apa2 komplikasi, katanya bacaan buah pinggang tak berapa cantik. jam 630 petang kami balik. esok datang lagi. Zcat dapat parking free sebab bawa pesakit admit. Jija kenalah caj RM4. okaylah tu.

balik rumah nak rehat je. end up aku layan Facing Up With Fazura Marathon sambil pindah gambar ke netbook dari hp. dah nazak sangat hp tu ada 18k gambar. ko mampu?

Related Articles

1 comments:

  1. teringat aku operation ijn..get well soon mak mertua ko anis

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...