Khamis, 9 Jun 2011

Ipoh - Maybe I Will Come Back Again!

balik dari taman jepun, kelam kabut nak bersiap solat + mandi + makan malam lepastu nak kejar tren jam 9:30 malam. kali ni balik ke stesen naik kereta besar..MPV apakah kabur pulak pandangan mataku malam. kak adik, kakak tiri zcat yang tolong hantarkan...lagi parents semua nak ikut sekali hantar.. sebelum balik siap tapaukan kacang gajus, kacang pistachio & sambal petai ikan bilis. pergh...memang rasa dibekalkan makanan balik asrama je time tu...teringat zaman2 duduk asrama, mak bekalkan sebakul makanan asing2 dari kakak aku..kalau tak memag gaduh je...akekekekekek..

bersama kak adik, mama zcat & ayah tiri dia yang sporting. gambar ini diambil oleh seorang pegawai polis yang tiba2 berjalan depan kami. dengan selambanya mama zcat suruh dia ambil gambar..hehehe...

naik tren biasa..sebab ETS last tren jam 6 petang





harga tiket Ipoh-KL Sentral ialah RM22. tak ramai orang malam tu..dan takde pengumuman dari stewardess macam dalam ETS. tukang cek tiket pun pakcik yang bermisai..hehe..memang beza la sikitkan...bila dah malam ni nak tidur je...kafe pun takde untuk minum2 lepak...

kami sampai KL Sentral jam 12 lebih. tengah malam KL Sentral lengang. parking tiket dikira full day RM40.00 la kena..kalau tak sejam RM4.00. kereta kami parking dekat dengan tempat bayar parking. senang sikit sebab parking area pun sunyi je...lepas tu mulala mencari air nak minum..

air tembikai dengan nenan RM10.00 tak habis minum. tembikai dah bercampur air lain banyak sangat lari rasanya, nenas pulak dah rasa basi+masam...terpaksala banned kedai ni..di area tempat makan 7E Jalan Kerja Ayer Lama tempat aku makan satey Nur yang sedap tu

11 ulasan:

  1. dapat bekalan ..ehem ehem...gud news..nak dengor dr mulut ko

    BalasPadam
  2. alang2 jelah dia bekalkan....anak bujang dia gak yg tapau byk..haha

    BalasPadam
  3. entah bila lah nak naek ketapi lagi mcmni..yg komuter tu x mo lah..sesak

    BalasPadam
  4. komuter dah bertahun tak naik...keretapi ni ok gak lagi takdela yg berdiri2,,semua tiket ada nombor utk duduk

    BalasPadam
  5. ohokkk.. ohokkk... *batok tak berhenti henti.. :p*

    suker gambo yg first tuu.. aku tungguu nie beb.. cepat2 sikit taw! hehee..

    BalasPadam
  6. sabar yep neena ni bar 1st time jumpe..heheheh

    BalasPadam
  7. dah berzaman rasanya aku xnaik ketapi......wah dah p jumpa bakal nie..lalalalalala jangan lupa jemput aku na....

    BalasPadam
  8. menarikss.. lama dah tak naik ketapi.. salam singgah..

    BalasPadam
  9. sy lagilah xpernah naik ketapi tau..naik komuter n lrt tu lainlah kan..

    wa...mcm ke arah tu...LAhamdulillah..sy doakan yer...wa siap bekalkan utk eri chan...bestnya...

    BalasPadam
  10. ehem2...nampak gaya cam mak zcat sporting n hepi go lucky je tu...family ceria :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.