Jumaat, 12 Februari 2016

Cocobay Resort Condominium, Port Dickson

Hari ni last day. Baru ceritalah. Selalu post aku hari first day sampai. Kali ni cerita style lain la pulak.

Apartment yang kami duduk ni dicari oleh laki melalui Airbnb. Nasib kami sangatlah baik. Sebab kami plan last minute ke PD.

Owner rumah ni nama dia Steve. Ya..orang putih punya rumah.....kami tempah sebab dari websitenya kami lihat rumah ni nampak cantik.

So bila dah tempat bayar pakai kredit kad. Tiada deposit. Satu malam sewa RM125. Kami tidur 2 malam. Ada caj tambahan untuk cleaning RM29 dan dari Airbnb fee RM33. So total dalam RM312 tapi still murah berbanding duduk hotel. Sebab rumah 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Ada dapur yang boleh digunakan. Semua perkakas ada. Tea bag pun ada. Washing machine. Iron. Ampaian boleh laras. Hampir lengkap untuk sebuah rumah. Buku novel pun ada.

Ok mari lihat gambar dulu.

Welcome guest book dan buku fasiliti

Kaunter dapur. Tetamu dapat 5 liter air mineral percuma. Kami tak habis minum pun. Asyik dok masak air panas pakai air paip. Airnya tak terasa air laut tu yang rilek je buat susu Aqlan pun.

Segala jenis pinggan mangkuk ada. Rumah ni sangat bersih. Lalat ke lipas ke cicak ke semua takdak.

Sofa 3+2+1 siap ada bantal kusyen nak peluk2


TV Astro yang basic. TVnya kecil saiz 21" kot. Haha cam tengok monitor komputer lak. Dah tak biasa tengok cerita kat TV kecik2 tapi on kan aje bagi Aqlan tengok kartun. 

Hiasan semua ada bunga orkid. Yang ni tak lama la atas meja..kena alihkan sebab Aqlan suka main siput2 tu


Verandah penuh pokok2. Pemandangan pun apartmen sebelah.

Bilik air kedua. Aku guna sekali je pastu lampu dia out. Gelap weh..

Ruang membasuh pakaian. Boleh guna mesin tu ya. Semua pencuci ada. Kami tak basuh apa pun. Just sidai baju renang jelah.

Ampaian boleh lipat2. Sesuai untuk sesiapa duduk apartment. Kalau kami tak cukuplah ni. Aku ni memang suka ampaian style dawai or tali. Pasang banyak dan panjang2.

Pasal iron ni aku baru jumpa last day. Laki cakap takde mention iron masa dia booking. Jadi aku bawak semua pakaian takyah iron la. Tudung Hijabiza sudahlah.

Kami tidur 3 orang tak muat okay. Hahaha. Katil ni tinggi. Seramnya anak tu kalau jatuh.

Ada juga barang owner aku tengok kat atas sekali. Tapi tak menganggu pun.

Tuala kat bilik ni aje dah 4. Bilik lagi satu 2 ke 3 helai. Ada tuala mandi dan tuala kolam renang. Tuala tangan takde, aku memang bawak selalu. Tuala besar kami bawak juga in case la kan..

Aku gembira sebab tuan rumah tak kedekut bagi sabun mandi sedap aroma pantai sesuai sangat. Cuma conditioner je takde. Even sabun cuci tangan tu kat dapur pun ada. Memang Dettol..bukan beli lain masuk dalam bekas Dettol. Hahaha.

Bilik air utama. Bilik air besar betul. Yang penting tak bertakung ok..

Bilik kedua ni ada katil lagi bawah katil ni. Boleh la tarik. Tapi bilik ni jadi bilik solat dan tukar pakaian laki je.

Overall kami suka rumah ni.....kami boleh je datang balik dan tinggal di sini. Kami siap sign guest book dan bagi review k. Tapi aku tak snap pulak.. so sape yang datang rumah ni bolehla tengok. Hehe.

Aku rasa Steve tu kawin dengan perempuan Sarawak dan merupakan seorang artist. Ini berdasarkan banyak lukisan pribumi Sarawak dan barang2 hiasan dari sana. Juga dinyatakan dalam buku fasiliti lukisan tidak boleh dialihkan tapi dapat dibeli di galeri. Haaa tang galeri dia aku malas nak cari. So aku takde info pasal tu nak bagi ya.

Maksud artist ialah pelukis ya. Singer penyanyi dan Actress pelakon. Hahaha.

4 ulasan:

  1. wow boleh tahan. paling suka lukisan dia sbb nampak aesthethic gitu https://peachybun.com/2018/06/27/oreo-icebox-cake-recipe/#more-176

    BalasPadam
  2. Pernah duduk sini. Tapi tak dapat rumah yg sama mcm ni la. Jauh beza sikit huhu. Dapur pun sinki biasa je. 1 bilik je Ada katil. Ada 2 katil la. Okay la . Tapi saya tgok awak punyaa ni lagi nice

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.