Semangat nak pergi Park jalan kaki hari ni. Lepas asar bertolak jam 5.20pm sampai jam 5.30pm. 10 minit je rupanya. Tolak stroller kan. Kalau takde stroller boleh cepat lagi kot.
Sampai2 je cuaca mendung je. Bagi Aqlan main gelongsor. Aku tengok aje. Kemudian hujan. Terpaksa tarik dia duduk kejap bawah wakaf. Bila dah berhenti baru lepaskan balik.
Sebelum tu sempat jalan sekali kat padang. Tapak kasut tercabut pulak. Dah aku tak kutip sebab sibuk kejar Aqlan yang berlari.
Sudahnya jalan senget sebelah. Kemudian macam smell something...ehem...budak ni berak pulak. Terus angkut dia balik. Masa tu dia dah sempat sampai badminton ke basketball court. Adudududu.
Begitulah setengah jam habis kat playground.
Khamis, 18 Februari 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.