Ahad, 14 Februari 2016

3 Tempat

mula2 lawat kawan opis lama. dia dikhabarkan masuk hospital akibat pendarahan. uri kebawah. doktor suruh dia duduk hospital sampai bersalin. expected date 16 Mac 2016. lama tu...bila ditanya kat mana dah....dah duduk rumah mak dia, so aku pun pergilah lawat dia dulu.

sambil lawat dia, kami makan2 kerepek dan biskut tart. mak dia buat sempena CNY. haaa la..depa ni Cina, aku memang selalu je pergi rumah mak dia masa raya Cina.

Angpow untuk Aqlan. Bukannya dia simpan siap buang..mak dia jugak kena simpankan

lepastu kami menuju ke Setia Alam, ada house warming kawan laki. hari tu dah pergi..untuk kawan2 rapatla...hehe. now jemputan ahli keluarga, rakan taulan dan anak2 yatim. haaa meriah. makan pun meriah. pastu tak larat turun naik tangga kejar Aqlan. rumah 3 tingkat. anak tangga je dah lebih 30. memang tak kuasa aku nak duduk rumah camni hoiiii....aku tetap suka gaya ranch.



nak asar, hujan start turun, kami pun beredar dulu siap2. hujan pun turun dengan lebatnya. kami ke Bukit Jelutong pulak. nak jumpa kawan laki gak...hehehe...ni ada satu cerita...kawan ni dulu duduk Amerika....selepas kematian suami, dia balik Malaysia for good la. jadi masa nak balik dia angkat barang so laki pesan belikan pinggan mangkuk...masa tu tahun 2012. so sekarang baru berpeluang nak ambil. gila lama kan...sekali ambil dengan hadiah kawin dari kawan tu..yang juga dibeli di Amerika..hahaha..adoi 4 tahun lama ok.

sebenarnya ada 1 lagi tempat patut pergi iaitu kenduri kawin anak rakan seopis laki. tapi sebab jemputannya tak bersifat peribadi, kad diberi secara general untuk semua, maka laki berat hati sikit nak pergi. aku ikut saja. sebab perangai aku pun lebih kurang macam tu juga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.