Jumaat, 12 Februari 2016

3 Jamadil Awal 1437H - 2 Tahun Dah Aqlan

genap dah umur Aqlan 2 tahun. hari ni kami pulang ke rumah selepas 2 hari berturut2 bawak Aqlan mandi laut. Tangan dan kaki dia dah ada sunburn. pipi pun dah merah2. hehe.

otw balik kami nak pergi Muzium Tentera, tapi disebabkan faktor masa dan cuaca, batal aje. terusla tunggu masuk waktu Jumaat, laki cari je masjid yang berdekatan. cair jap kami berdua dalam kereta. haha. kepanasan sampai aku pening kepala.

kemudian nak lunch..nak tukar diapers..nak pergi Palm Mall, tapi disebabkan petunjuk ke arah parking agak mengelirukan, aku suruh je laki balik KL. humpppppphhhhhh...

singgah R&R seremban untuk solat zuhur. banyaknya kereta terus menuju ke surau Petronas. cantik dan bersih. baru....renovate kottt...settlekan Aqlan sekali terus. siram badan kasi sejuk.

sudahnya kami pergi Cyberjaya makan di restoran Saba'. aku takde lauk lain dah nak fikir. memang kambing dalam foil je favorite aku. share dengan Aqlan.

lepas tu kami masuk D'Pulze kat sebelah tu. ahhhhaaa nampak ada tren sekali naik RM5. mula aku tak nak je sebab berbaloi ke berapa kali je pusing kan..sekali dah naik aku pulak tunggu bila nak stop. hahahaha...dok counting berapa kali dia bagi pusing. 12 kali ko..puas hati Aqlan. bayar RM5 je. aku kena teman free je, laki dok la tunggu sambil ambil gambar dan video kami berdua. yang enjoy...aku jugak...sangatla menggunakan anak untuk rasa mainan yang kita tak berpeluang rasa dulu2.







dah puas main masuk Daiso, abah dia belikan set keretapi. beli la lokomotif dan 2 tren. lain2 harga. sebiji RM5.30. 3 biji..kiralah. belum beli rail sebab tak lengkap kata laki. budak tu berapa kali tarik kereta kami tak bagi. mata dia..kereta aje.

lepas tu kami balik je sebab Aqlan dah cranky. dah mengantuk. penat sangat tu...


4 ulasan:

  1. budak2 paling suka bermain..tapi bila dia dah letih..habislah... :)

    BalasPadam
  2. Happy birthday aqlan shah semoga jadi anak yang baik soleh ye syg..bila nk jumpa ni ..dtg rumah aunty ye

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.