In

Macam2 Hal

Hari ni kak pa nak buat makan2 untuk sambutan birthday Dina. Sebab esok dah sekolah. Katanya sarapan. Ada pulut kuning dan kek. Ok kami datang.

Sebab perut kosong, kami singgah Starbucks tepi highway PLUS. Drive thru je senang. Order 2 air. Satu sandwich loaf. Untuk Aqlan sebab dia suka makan.

Lama jugak kami tunggu kali ni nak bayar pun lama. Lepas dah bayar drive sikit lagi ke depan nak ambil makanan. Pun lama sikit. Ermmm panjang sangat ke list hari ni?

Bila dah dapat semua kami pun terus keluar ke susur nak masuk highway ke Bangi. Aku masa tu terus buka beg kertas sandwich sekali yang ada dalamnya ialah stirrer. Laaaa.....

Laki aku gostan..nasib baik belum menjulur keluar sangat. Itu pun hati2 weh gila tak pernah dibuat ni..

Aku terus ke kaunter ambil makanan dan tunjukkan pek makanan aku. Haaaa...apa lagi diorang pun jerit2 kat pelayan yang jaga drive thru. "Apa kau bagi ni?...kau mari sini...."

Aku agak budak tu masih baru. Kelam kabut aku tengok dia. Haaa kami punyalah nak cepat tak sempat nak ambik gambar beg kertas penuh stirrer tu. Tapi laki aku ambil beberapa stirrer sebab pada cawan air panas dia pun takde stirrer langsung. Adoiii aku punyalah gelak. Tapi buat2 muka serius sikit kat depa kasi depa ingat sikit.

Sampai rumah kak pa, aku makan kek je. Sebab perut masih memulas sakit kesan sambal semalam. Cisss...dan aku baru sedar aku tak bawak handphone. Hahaha..



Dah solat zuhur kami pergi cari lagi barang2. Aku siap pergi Kamdar beli kain nak buat projek. Keh keh. Aku dan kain memang berpisah tiada.

Hari ni tak boleh jalan banyak sangat. Perut sakit aje...so banyak benda tak dinikmati. Baru sikit Allah uji.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...