Isnin, 10 September 2018

,

Jalan2 Ke Rumah Adik

Cuti panjang 4 hari kan minggu ni. Hari ke 3 kami ke rumah adik aku di Senawang. Selama ni datang dan balik. Kali ni dia ajak tidur. Siap pancing dah pasang aircond. Hahaha..ok kami pun ada plan juga nak bagi budak2 mandi dalam pool kecil kena pump dan main mentos coca cola.

Kami bertolak lewat juga. Tapi perjalanan sangat nyaman. Cuaca tak panas dan tak banyak kenderaan. Kami ke sana ikut Batang Benar. Ehehe..


Sampai2 adik ipar baru nak siap masak. Jadi oklah kan makan masakan panas2. Hehe.


Sotong ni sedap gila.


Lepas makan dah ngantuk tapi adik aku ajak layan 3 cerita Critters. Hahaha. Teringat buah kelapa sawitlah. Dulu2 banyak filem best tak habis tengok sebab bapak akan tukar ke Dunia Jam 10. So tunggu petang pasang kolam. Dah siap pump dah nak masuk maghrib. So sambil tu baca doa akhir tahun dan makan petang. Masuk maghrib baca doa awal tahun lak.

Lepas tu mata makin layu. Tapi lepas isyak adik ajak makan satay sahmuri pulak kat dataran Senawang. Sampai dah lewat... anak2 pulak tidur.. orang ramai juga. Order sikit..pastu tambah..  pastu nak tambah lagi diorang kata boleh bungkus je. So okay sambung balik makan kat rumah. Hehehe...sambil tu tengok movie lagi. Kemain TV besar dengan aircond sejuk semua layan ramai2. Seronok pulak. Aku paling syok sebab takyah pakai tudung. Adik ipar lak kena pakai tudung sebab ada laki aku join sekali. Hehe..meriah tapi budak2 semua dah start tidur lepas balik tu. So diorang tidur ramai2 depan TV kecuali Aqlan. Dia tak tidur. Siap berlari2..hish geramnya. Aqeel lak tidur baik punya dalam bilik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.