Isnin, 17 September 2018

,

Cabaran 25 Hari Blogging - Blog I Love

Aku hari2 baca thethirdforce.net kot. Aku suka says.com jugak. Dulu2 aku selalu layan beautifulnara.com pastu aku rasa macam takde faedah. Blog kawan blogger aku baca jugak. Aku kadang baca..kadang komen. Kadang ada gak tak baca.

Kalau blog pasal diri sendiri ni aku suka orang yang bercerita tu macam cerita kawan depan dia. Ada feel gitew. Kalau mendatar macam karangan BM style DBP aku memang tak berminat. Blog macam diari kot. Kalau nak yang berilmiah baik aku baca rencana hahahaha.

Ada juga blog yang sekali sekala aku akan rujuk sebab nak tahu tempat. Servis. Apa2 yang dalam  fikiran akulah. Pastu nak tengok review peribadi bukan berbayar. Bila kau beli kau review lagi honest kot. So yeah kalau akuu rasa semacam sangat aku pun krik krik nak baca tu. Hahaha..

Ada gak blog gosip omputeh aku baca. Tapi makin lama makin mual pulak. Blog pasal kesihatan aku suka baca dr zubaidi tu. Ada kalau pasal rujukan penjagaan anak ada jugak blog yang aku akan cari yang aku rasa pandangan dia adil. Haha.

Oklah..aku ni ikut mood baca blog. Senang citerla...pastu datang mood aku satu lagi tu semua history aku padam pastu melilau type balik apa yang aku nak tengok semula. Kan. Ada juga sedikit ngok ngek kat situ.

Nak cari penyelesaian game pun aku cari kat blog orang. Hahahaha

Tapi blog paling best ialah resipi. Hihi itu memang asyik mencari kikikiki..

2 ulasan:

  1. Hahaha suka ayat 'kalau entri mendatar macam karangan style DBP baik baca rencana'. Sama lah, dulu suka jugak baca BeautifulNara tapi sekarang dah malas. Dalam setahun boleh kira berapa kali je itupun kalau yang betul2 panas :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu komen orang pun kita baca..pastu rasa macam mengumpat secara berjemaah pula tu yang stop.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.