Zaman kanak-kanak aku ada happy dan sedih. Sebab aku masuk asrama seawal 9 tahun jadi banyak peraturan aku kena ikut. Haha peraturan yang juga akan menjadikan kita lebih berdisiplin siapa suka. Kalau boleh nak main je. Nak tidur je.
Umur 9 tahun ke bawah aku memang duduk dengan mak dan bapak aku. Agaknya sebab suka sangat main mengaji pun malas jadi umur 9 tahun masukla sekolah ala2 pondok. Ha belajarlah mengaji dan solat tu seawal waktu. Elok umur 10 tahun dah khatam Quran. Kalau tak masuk agak2 khatam ke tidak umur 40 eh...melampau..
Makan
Masa duduk dengan parents makan semua terjaga. Maksud aku ada banyak makanan. Kalau lapar sangat diam2 pergi ratah milo atau gula merah. Sedapnya. Takpun tumbuk biskut keping makan dengan gula. Mak selalu sediakan makan pagi, tengahari petang dan malam. Ada je kudapan. Nak membesar kerja nak makan je..biskut sentiasa ada 1 tin besar tu kalau siapa2 hidup membesar tahun 80an beli biskut tin kita panggil. Kalau pulangkan tin dapat balik duit deposit. Duduk dengan mak bapak makan pun sedap2. Kalau makan nasi, kicap dan telur goreng pun dah sedap sangatlah tu. Asal teman mak ke kedai ada je dapat makanan. Haha..patutla..
Bila duduk asrama nak makan pun kena share satu dulang 5 orang. Ikan seekor. Ayam sangat jarang makan apatah lagi daging. Kalau mak bekalkan makanan memang tak lama habisla. Sebab siapa ada makanan dia ada kawan yang tiba2 mengendeng. Dah orang buat kita pun buat jadi padanlah budak asrama. Petang2 beli kuih. Zaman tu kuih seposen. Nasi lemak makan dalam plastik buat lubang kat bucu tu. Nikmat. 20 sen je nasi lemak. Bila duit belanja habis mulalah berlapar. Makan pagi petang dan malam tak cukup sebab banyak buat aktiviti dan nak membesar. Bila ada usrah ke rumah makcik2 ni sediakan makanan pergh makan macam tak ingat dunia. Sedap sangat. Sebab makan kat asrama ni takla berapa lazat. Pernah makan makanan nak basi.. Hangit...malah pernah siang ikan berulat untuk dimasak dan bagi makan semua pelajar. Jumpa ulat dalam sayur tu biasa jelah.
Bermain
Kalau duduk dengan mak bapak teman permainan aku ialah adik aku si Yome. Kemudian anak2 jiran. Takla ramai sangat. Tapi tak reti nak balik bila main tu. Sampai makan pun kat rumah jiran. Hihi tak malu betul. Lambat balik kena kejar dengan angsa jiranla yang paling sadis. Memang nangis ok.
Kat asrama main ramai2 syokla. Pastu kan dah besar sikit. Aku kan bukan pandai main2 selalu kalah. Jadi aku selalu pilih kawan kumpulan yang gagah la konon. Kira masuk group dia mesti menang. Haha..
Sakit
Kat rumah mak bapak kalau sakit mak hadap. Bapak sapukan ubat..
Kalau kat asrama adalah kawan tolong jaga. Alahai aku rindu betul dengan kawan yang jaga aku masa aku sakit. Rasa macam dialah truly friend aku. Aku rindu Nazifah. Tapi tu bukan nama sebenar dia. Tapi ustazah tukarkan nama dia. Sebab ustazah kata nama sebenar dia takde makna ke maknanya tak elok. Aku pun ada nama ustazah bagi.
Nama
Ok..bapak bagi aku nama Ideriyanis Nengse.
Ustazah bagi aku nama Ainatul Mardhiah dan Ummu Hurairah.
So aku dipanggil Neng, Aina dan Hurairah. Ko ada 3 nama?
Tapi bapak aku tak suka bila tahu ustazah tukar nama aku. Sebab memang diorang tukar panggilan nama aku. Dan buku2 latihan aku pun kan depan tu tulis nama kita...ustazah tulis nama yang dia bagi. Tapi tak lama kemudian pakai balik nama asal aku. Aku ingat selipar jepun aku pun ustazah tuliskan nama AINA. Siap guna pisau tulis atas2..selipar Tat Sing. Tu lah bapak aku marah. Nama2 dibagi ustazah tu memang ada makna tapi kata bapak, nama aku setiap huruf ada makna...
Oklah aku cerita tu jelah. Panjang lagi kalau nak sambung. Malas pulak bila fikir sebab banyak perkara sedih yang berlaku masa aku budak2. Aku redha..tapi bila meluahkan tu tentulah bukan maksud aku nak mengungkit. Sebab banyak kesedihan ni menjadikan aku lebih berfikir dan matang. Aku kena basuh kain sendiri masa darjah 3. Guna tangan..mak aku upahkan ustazah sebelum tu. Haha..
Kisah aku kalau ditulis...terlalu tebal..haha..
Jumaat, 21 September 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hanya tinggal kenangan.
BalasPadamMengusik jiwa
Padam