Jumaat, 7 September 2018

, ,

Cabaran 25 Hari Blogging - Resipi

Kalau korang nak tahu aku kalau masak tengok resipi. Tengok buku yang aku catat atau tengok HP. Aku bukan ingat sangat. Kecuali yang mudah2 la macam buat lempeng tu. Hahaha.

Sambil tulis sambil ambil gambar budak ni.

Ada beberapa buah buku resipi Chef terkenal. Chef Wan punya buku tentulah aku ada. Kata nak menyokong jiran sekampung. Hahaha tah dia ingat ke tak aku kalau mak aku dengan mak dia lainla memang diorang ingat sebab katanya masing2 dari kem tentera. Arwah suami masing2 la jadi tentera..dah tentu isterinya tidak.

Okay kalau korang nak resipi dalam blog aku ni pergi je cari kat label Resipi. Gitew. Ke korang nak juga aku tulis satu dalam ni? Korang mesti nak kan...aku buh satu jelah....hahaha..

Resipi Cucur Nasi

Resipi ni akibat nasi semalam tak habis. Nak buat nasi goreng setiap kali nasi tak habis cam boring gak. So buat benda lain. Apam nasi je aku belum cuba. Cer share resipi tu..haha..


  1. 2 cawan nasi semalam. Nasi hari ni tak boleh. Tak cukup bakteria.
  2. 2 cawan tepung gandum apa2 jenama pun boleh jangan ada bubuk dah.
  3. 1 cawan air sukatan 1 cawan tu dalam 250ml.
  4. 2 cawan bawang besar merah, jangan pakai bawang Holland dia besar jugak. Cincangla bawang tu kalau ada Tupperware cincang tu lagi senang kerja korang. Eh aku bukan member.
  5. 1 cawan ikan bilis yang dah dibuang tahi, direndam untuk dilembutkan.
  6. Sedikit garam.
  7. Beberap helai daun kuchai digunting2 halus nak cepatkan, ke korang masih tradisional pakai pisau hiris halus2? Tak kuasa mak.


Nasi+air+ikan bilis blender kasi hancur.
Dalam bekas mangkuk besar masukkan tepung, bawang, daun kuchai dan garam gaul2. Pastu masukkan bahan2 blender tadi.
Pastu gorengkan dalam minyak sawit yang telah dipanaskan. Minyak zaitun ke minyak jagung je minyak kacang ke matahari ke tak sesuai ok. Juga jangan guna minyak bekas goreng ikan. Minyak baru letak ko terus masuk memang tak jadi cucur nasi jadi cucur airmatakau sebab membazir.

Kalau nak pedas masukkan potongan cili padi. Aku kan ada anak2 mana boleh letak dahla kuih cucur nasi ni favourite Aqlan ha sampai aku hafal boleh terus tulis resipi. Tapi kalau rasa resipi ni kurang umph untuk korang apa lagi buatlah ujian kesedapan. Haha. Takkan dah cuba sekali tanak cuba lagi. Ok dah melalut banyak lak.


2 ulasan:

  1. ini fevret kami satu family. jangan risau kalo nasi x habis. buat je cekodok nasik ni. lajuu habis hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah masak untuk ahli keluarga pasti digemari mereka. Kenyang pun ya..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.