Dalam ahli keluarga aku, travel ni perkara biasa. Bapak aku suka lagi bawak kami jalan2 dari mengumpul harta. Ya dengan kereta hijau Datsun 120Y tu. CM8417.
Merata2 kami pergi. Tolak jalan2 ke rumah saudara mara, bila ada wang dan masa kami akan pergi jalan2 jauh. Tak semua dapat join setiap kali trip. Siapa yang ada kat rumah je. Yang duduk asrama, kerja or dah kahwin takde kat rumah tak joinla. Hehe.
Aku travel dengan bapak hampir seluruh Malaysia kecuali Sarawak. Sabah cover sikit2la.. luar negara setakat balik kampung kat Singapura tu. Negara lain tak pernah pergi. Dengan bapak takde tidur hotel. Paling tinggi motel je. Selalunya tidur rumah saudara mara atau kawan. Ada sekali tu jumpa kat masjid je orang tu offer tidur rumah dia. Bapak aku peramah. Disukai ramai. Aku pulak jenis suka bersendirian. Ada masa je aku join conversation.
Ada juga ikut rombongan sekolah. Tapi takdelah manis sangat. Hahaha. Maybe sebab ramai2. Aku pun tak berapa ingat.
Zaman bekerja adalah join kawan2 pergi travel. Seronok gak. Ada naik bas ada naik kereta. Bila dah beli kereta sendiri lagi seronok travel. Suka hati akulah nak pit stop mana2.
Dah kahwin ni ikut jelah mana laki ajak. Kadang aku ajak bila kawan2 aku ajak. Samalah dengan laki. Dia lagi syok orang ajak so takyah fikir mana nak cari tempat tidur atau makan. Kalau aku, selalu aku akan cari tempat tidur. Aku suka tidur homestay. Hahaha..feeling rumah. Tapi tidur hotel pun best jugak asalkan bilik air bersih. Itulah yang aku paling concern.
Travel aku biasa2 je. Takdelah travel with style ke. Selalu pack barang pun yang light. Tudung xpres takyah iron sangat. Aku kan malas iron2 ni. Pastu mesti bawak beg baju kotor. Kalau pergi hotel mesti bawak balik beg dobi diorang hahaha.
Nak cerita pasal travel banyak..tapi dalam kepala ni next travel ke Jempol la..ada wedding dan Aqeel macam dah boleh dibawak travel. Ha yee dah ada anak lagi2 yang masih kecil ni beg banyak baju diorang je. Tak boleh nak pack light sangat. Karang tak bawak nak beli takde pulak lagi susah. Especially diapers. Aku malas nak hadap situasi ruam lampin akibat tak sesuai jadi bawakla banyak2 diapers. Silap2 satu beg bawak. Hahaha..nasib susu formula dan mak neneknya takyah. Dengan Aqlan dulu, satu bakul barang susu. Naik flight pun bawak susu tin..haaa nangis.
Dia dah boleh duduk tenang dalam carrier bolehla jalan jauh. Kalau tak lenguh tangan nak dokong all the way. |
alahaiii rindu pulak dengan budak comel ni :D
BalasPadamMarilah jumpa lagi
PadamSaya pun suka travel..travel biasa2 jelah. Kadang dekat je hehe. Seronok layan suasana masa di jalanan tu sebenarnya..
BalasPadamTapi kalau jem tak syok atas jalan tu. Dah macam kura2 geraknya.
Padam