Budak kes NICU ni macam2 follow up kena buat. Kita sebagai parents kenalah kuatkan semangat. Luangkan masa, tenaga dan duit. Kenapa duit last? Sebab yang itu Allah yang tentukan. Buat di swasta memanglah mahal. Buat di kerajaan percuma sahaja. Tapi tetap akan ada kos2 perjalanan ke sana dan kami masih mampu. Bila memikirkan orang yang tak mampu even untuk mendapatkan rawatan kerana kos perjalanan tu mahal, ya.. aku simpati. Pasal tenaga ya sangat penat berkejar ke sana ke mari. Kena datang awal ambil nombor, daftar. Tunggu berjam2. Masa berlalu, banyak spend masa untuk anak ni sampai anak sulung terabai. Kesian dia. Kadang2 memang rasa bersalah. Kadang2 cakap apa nak buat. Anak sulung lahir dia sangat senang. Dia takde penyakit yang perlu dirujuk ke pakar. Dia sangat sabar. Kadang2 dapat lihat kesedihan dalam matanya. Kadang2 dia menangis kerana nak perhatian. Dia rindu. Aku pun rindu. Tapi badan aku sakit2. Aku letih. Aku letih sangat kadang2 tu. Tapi aku fikir ada orang lagi teruk ujian Allah bagi. Jadi aku pujuk diri sabar banyak2.
|
Pagi sebelum bertolak. Dia tidur aku bangun mandikan jugak. Pakai romper senang. |
|
Bukan mudah nak datang awal ke sini. Laki letak aku untuk daftar dia cari parking hingga tinggal lagi 20 orang je depan aku. |
|
Bila laki sampai aku kena ke bilik menyusu. |
|
Nilah bilik menyusu sementara tu dalam klinik pakar pediatrik. |
|
Muntah susu nak kena tukar baju. |
Aqeel dirujuk juga ke pakar ENT selain paediatric. Dia cuma jalani bahagian Audio. So bila test dia takde masalah pendengaran. Sebenarnya masa buat test dia mesti kena tidur. So kami dah tidurkan dia hampir setengah jam dah tiba2 ada budak lain menangis kuat dia terus terjaga dan tak mahu tidur dah. Masa tu dah jam 1 petang. Akhirnya buat juga test walau tak tidur. Doktor yang merawat pun siap main2 jari dengan Aqeel supaya dia khayal sambil doktor masukkan alat ke dalam telinga dia. Ok passed. Dia pulak baik je makan jari. Bila telinga sebelah satu lagi tu dia dah start merengek dan gerak2. Sampai terkeluar alat tu. Hehe. Tapi passed jugak. So Alhamdulillah jumpa lagi doktor setahun kemudian. Nurse cakap sebelum tu kalau tak passed memang kena datang lagi. Aku laki bini tak larat datang hospital kerap2. Laki pun cuti banyak dah habis spend masa. Ya aku manja? Laki kena teman. Aku baru lepas 100 hari. Dan baru buat urut sengkak rahim. Badan aku sakit2 weh aku tak boleh dokong Aqeel berjam2. Aku tak boleh berdiri lama2. Sakit sebab czer pun masih ada. Berdenyut2 kat dalam tu.
|
Naik klinik pakar ENT tingkat 3. Bilik menyusu ada tapi kami duduk sini gelap dan sejuk. |
|
Abah dia nak tidurkan Aqeel. |
|
I love this. To see your partner tidurkan anak. |
Aku tak tahu kalau ada parents yang skip lawatan sebab malas buang masa. Memang masa banyak habis di hospital. 5 jam tu biasa. Rawatan kejap je. Tunggu lama. Tapi kami tetap tunggu sebab kami nak anak kami sihat. Usaha je ni. Allah yang tentukan akhirnya. Masa dia di NICU tu memang aku berdoa dia panjang umur. Aku tak boleh beranak dah.
Cuma kali ni Aqlan tak ikut. Aku hantar dia ke rumah mak angkat. Nasib cucu2 mak angkat tak mai. Kalau tak lagi penat. Tapi beliau suka je budak2 buat kawan gaduh katanya. Aku umur 60 esok anak aku ni baru 19 tahun. Takkan dia bagi aku cucu masa tu. Eh. Abang dia 23 tahun. Wah sampai ke situ fikir kan.
Aku harap mereka sihat. Mereka bahagia. Mereka ceria. Kita tak tahu apa akan jadi lepas ni pun. Kita tak boleh kata anak kita ok je dengan nada sombong. Kita tak tahu. Minta dijauhkan dari bencana. Akibat mulut diri binasa.
inshaAllah, semoga dipermudahkan segalanya
BalasPadamAmin..
Padamsemoga Aqeel sihat selalu.
BalasPadamAmin
Padam