Dah lama nak buat. Last buat guna oven toaster. Menjadi je. So kalau pakai microwave oven patut bolehla jugak..
Puas juga cari resipi. Kita tiru resipi orang Melayu la pulak. Dari blog Buat Orang Lapo ini memang blog resipi je eh. Hehe. Nama blog pun kelako. Tapi semestinya aku mengolah sikit iaitu tang pastrinya. Aku beli ready made je. Tak dan la nak menguli. Itu pun lari kejap2 ke dapur kejap2 ke ruang tamu tengok Aqeel. Aqlan pun tolong masak ok. Excited budak tu.
Sap sap soi je bahan2 pun...
Epal hijau 2 biji dibuang kulit dan core dan potong dadu.
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
2 sudu besar mentega.
Secubit garam.
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis.
3 sudu besar gula perang.
Kulit pastri.
Bekas silikon saiz cupcake.
Loyang berlubang bentuk cupcake. Aku guna yang 6 lubang. So ni untuk 6 bekas jelah.
Dalam periuk masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Bila masak agak2 dah didih tu baru masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau2 kejap je tutup api.
Dalam bekas cupcake, pastri dipotong 4. Setiap 2 kepingan masukkan dalam bekas sebagai base pai epal. Eh betul ke aku cerita ni..
Panaskan oven...180°. Kalau ikut resipi 10 minit. Microwave oven ni lain macam sikit. Kena guna Hot Blast untuk panaskan. Pastu masakla dalam 20 minit. Biarkan dalam oven 5 minit bila dah siap 20 minit tu.
Sudahnya aku dan laku je yang makan. Aqlan kan lebih2 je..haha baguslah dia tak suka epal. Laki suka resipi ni. Boleh buat lagi. Yeay..
Khamis, 20 September 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
menarik :D
BalasPadamLaki suka ON jer
Padam