Rabu, 5 September 2018

Kedai Harga Patut Yang Korang Patut Pergi

Sekarang kan kita kena berjimat cermat berbelanja. Sebelum ni disebabkan nak cepat je semua, mana kedai yang ada jual barang keperluan kita beli tanpa membuat perbandingan harga. No no no....harga barang makin naik bila buat perbandingan resit ni. Dulu aku siap buat dalam excel sekarang dah tak sempat nak update. Kerajinan tu dah hilang ke penjagaan anak2.

Selain dari kedai RM2 Eco yang murah buat jadi gila beli barang sampai 50 tu, ada juga kedai lain patut dijengah. Barang2 jajan, beras, keperluan harianla..untuk dapur dan bilik air.

Juga kena rajin tengok kedai buat jualan diskaun. Sebab kadang kena tipu juga harga diskaun lebih kurang sama harga sebelum diskaun. Ada tu sebab barang dah rosak especially barang makanan sila tengok tarikh matinya kenapa murah sangat...ada tu lama lagi tapi sebab stok tu dah lama...and ko beli murah bila balik rumah dah berbubuk. Ni kami dah kena beberapa kali. Beras dan oat especially. Beras tu aku puas juga membuang kutunya, sebab bila basuh kutu akan berenang atau float. Tapi oat tu tak mampu. 1kg buang macam tu je. Ko rasa? Memang membazir bagi pada burung2 ok so dapat pahala.

Rumah aku paling dekat ialah Giant. Memang bila keluar buku katalog jualan murah kami beli. Ni kena tengok sendiri perbandingan. Sebab kadang2 ko ingat murah. Ada lagi lebih murah tapi jauh berkilo2meter so ko kena kiralah juga duit minyak dan tol. Lainla ko ternampak kedai murah dan masuk masa otw ke mana2 tanpa tujuan tu. Haha. Kedai MR. D.I.Y. tu pun ada dalam Giant. Tapi tak banyak barang sangat. MR. D.I.Y ni lain tempat lain barang2 dia. Kadang ko ingat kawan ko beli ko pun nak beli kat area rumah ko tapi takde. Haha..kalau susah sangat beli jelah online pun depa ada jual. Tapi perangai suka belek barang tu menyebabkan aku ke kedai fizikal jugak.

Macam kedai yang jual jajan ko nak bagi untuk kenduri kawen ke akikah ke besday party ke ada kedai yang murah. Ko takyah have have sangat beli dekat Cold Storage ke Isetan ke. Haha. Masa di Ampang aku tahu satu kedai tu. Ya ampun murah....now aku tahu lagi satu ada kat Bangi. Ampun murah jugak...kat Puchong ni aku taktau ada kat mana. Memandangkan aku duduk Kinrara jadi sini banyak kedai have have. Giant tu have have ke? Tak lama lagi nak buka Pavilion nombor 2 kat Bukit Jalil nangisla. Sini juga ada Hero Market kat Puncak Jalil tapi tak best macam kat TTDI atau Kota Kemuning. Kami pergi bila ada bulan kupon 3x je setahun. Memang murah dan berbaloi. Ok laki aku suka shopping groceries so banyakla kedai dia yang menjelajah sorang2. Bila balik rumah dia akan cerita itu ini. Dia suka juga ke Tesco malam2 lepas jam 10 malam. Hari minggu kan sampai jam 1 pagi bukanya. Dulu2 takde Aqeel aku join jugak. La ni tak elokla bawak baby keluar malam2.

Ok senarai kedai2. Haha banyak pulak songehnya ya..


  1. Kedai Eco RM2 - kalau nak beli barang2 kat sini aku suka stationeries. Air gas. Mainan. Party things. Barang plastik dia tak berapa elok dan lama untuk dipakai. Kena tengok jugak banding dengan MR. D.I.Y. Sekarang yang paling dekat ialah di Bandar Baru Bangi. Dekat je dengan ofis laki.
  2. MR. D.I.Y - setiap branch lainla barang2 dia. Tak semua tapi yang paling besar rasanya kat Subang Parade. Pergh tak habis round okay. Langsir pun ada jual. Wah wah..kat sini beli sabun cuci pinggan Joy murah. S hook tu pun. Suka beli tools la. Baru2 ni beli industrial stapler. Ha ada je projek dalam kepala otak tu.
  3. Daiso - oh aku suka barang Jepun. Diorang mini love aku. Haha. Sungguh comel. Tapi kenalah buat perbandingan..sebab harganya semua RM5.70 kan. Eh dah SST ni aku tak tahu pulak naik berapa. Aku suka barang craft kat sini murah berbanding beli kat Spotlight. Tak agak kan. Cat trap pun elok sebab rumah kami kena serangan tahi stray cat. Jiran tegur busuk. Weh kami pun bengang dengan kucing ni sebab tak tahu kucing siapa pada mulanya asyik datang berak hari2. Letak cat trap ni yang berduri made from plastic je pun. Terus tak datang jiran pun happy. Agaknya tu pasal jiran sini semua simen seluruh area porch. Kami sewa rumah je mana boleh buat.
  4. Syarikat Perniagaan Liangxinli di Bandar Baru Ampang - belilah jajan coklat segala mak nenek untuk buat goodies bag. Murah giler.
  5. Chuan Hen Trading Co. Di Jalan Reko Kajang - ni pun jajan murah kalau nak buat party. Macam2 murah sebab kedai borong kan. Beras ke Sunquick ke pun murah jugak. Kedai ni tersorok. Sila jangan abaikan.
  6. Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan - silalah ke Sri Ternak tu memang murah. Kan ke Rosyam Nor bukak mart JV dengan diorang ni. Harga barang menitis airmata bila banding dengan Hero. Eh murah gila kot. Kami suka beli ekor lembu kat sini. Tapi nama pun borong so kuantiti dia banyak tak sesuai sangat dengan keluarga kami yang kecil. Rasa orang jual makanan mesti beli barang basah kat sini pastu up harga. Termasuklah pemilik kedai runcit yang jual barang harian. Kalau nak beli udang segar yang besar tapak tangan sekor2 tu masuk la pasar basah. Bolehla dapat makan puas hati...masakla sendiri2 ya..kat kedai restoran mahu dicaj mahal kan.
  7. 99Speedmart - sini biskut murah. Diapers pun murah. Minyak yuyi pun murah. Lupakan Manjaku. Eh. Paling dekat dengan rumah.
  8. AA Pharmacy - sini selalu beli tisu basah Pureen tu. Murah weh. Tisu basah dan kami berpisah tiada. Senang nak cuci apa2 pun. Juga murah beli brand Eucerin dan Sebamed. Lupakan beli barang2 ni di Watsons dan Guardian serta Caring. Bezanya banyak sangat. Paling dekat di Sri Petaling.
  9. NSK - aku belum pernah sampai sebab laki baru2 ni je pergi masa lepas aku beranak. Katanya murah sangat tapi jauhlah dari rumah kami. 

Okayla itu je setakat ni. Aku cerita pun sebab ada kawan tak tahu kewujudan Pasar Borong Selangor yang murah tu. Padahal dia elok je duduk dekat area rumah aku. Hahaha..

Syukurla sebab Aqeel menyusu badan kalau tak kena pulak aku buat searching cari mana kedai susu formula yang murah. Pengsan mak. Tapi ada satu murah kat stesen LRT Cahaya. Macam kedai singseh tapi moden. Ha tu kawan Chinese yang share.

Tapi dalam Kenanga Wholesale City tu pun ada kedai murah jugak. Ahhhh nantilah tambah citer lain bab2 beli barang kraf pulak.

4 ulasan:

  1. Bahaya masuk kedai harga patut ni...banyak bahayanya..hahahahah

    BalasPadam
  2. thanx for good sharing. Kedai ECO paling selalu tuju for borong Pearl kacip fatimah drinks (honey dates).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita suka minum kacip Fatimah jenama Orang Kampung tu susah sikit nak cari selalu ada kat Petronas memangla mahal.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.