Ahad, 29 Julai 2012

Hobi Lama

aku dah lama tak menjahit manik. sejak2 aku pindah masuk kerja Nadin ni susah sikit aku nak menjahit. padahal rasanya masa kat Stagno tu dulu aku lagi sibuk. dengan nak balik naik bas, train. penat..

tiba2 je ada sorang kakak kat ofis tu tanya berapa harga aku kenakan untuk jahit manik kat lengan baju. aku pun cakapla. esok2nya aku dapat je baju raya dari dia untuk dijahit manik. aiyyy... aku pun tak tolak. aku iyakan jelah.

misi mencari manik pun bermula. kat Kedai Bunga Reben di jalan TAR la nampak gayanya. aku suka gunakan manik dari Jepun, Miyuki. memang mahal la. aku beli pun memang dalam pek2 kecil je. sebab setiap kali jaihit sehelai baju, aku mesti beli manik baru. sudahnya berlambak baki manik2 yang aku kumpul sejak tahun 2004. 

untuk kak Sha, aku jahit ringkas je. dia pun tanak yang pelik2 karang harganya pelik2 dia cakap. terus-terang jahit manik perlukan konsentrasi. aku pun bukan pandai sangat design manik. tapi adalah aku belajar melalui buku manik yang aku beli dan dari internet. 

satu je perangai buruk aku jahit manik ni, aku kena ada mood. kalau tak..memang tah apa2 jadnya, warna tertukarla, terkurang manik dalam setiap jahitanla..macam2. sudahnya aku yang penat sendiri kena tetas balik. memang pitam kalau jahitan yang complicated.

1st layer. terhegeh2 buat 2nd layer sekarang. mood takdela katakan.

4 ulasan:

  1. ratu mmg salute sape2 yg pandai jahit manik.kdg2 suke tenung kat jahitan tu camne leh jd corak yg cantik.mmg takde bakat langsung ratu dlm bidang ni.tp suke dengan kreativiti penjahit manik... :)

    BalasPadam
  2. hahaha aku terus pudar hilang di jari je jahitan manik2 ni

    BalasPadam
  3. teringat aku tempah kat ko dulu manik kannnnnn...

    BalasPadam
  4. bab2 ni KA mmg fail, selalunyer anak dara yg form 1 jahitkan semua manik2 hehe.... slam kenal n KA dah follow u ye 132

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.