Jumaat, 31 Januari 2014

Pantang Cuti Dan Zcat Kerja

Pagi2 pergi makan roti canai 2 keping kat kedai makjah di ampang jaya. Teh tarik dan nescafe tarik. Ada la pulak soto nasi.

Dah makan2 Zcat order lagi 10 bungkus nasi lemak biasa dan 3 bungkus nasi lemak telur dan ayam juga 3 bungkus nescafe untuk anak2 buah ofis dia. Aku pula nak bungkus kuih kemboja dan tambah lagi 2 puding karamel.  Semua RM55.

Dia hantar aku balik rumah, pastu pergi kerja. Ya kerja pada tahun baru Cina. Sampai jam 3 petang pula tu.

So sepanjang dia takde aku memgemas rumah area living hall je. Punyalah banyak barang. Tah apa2. Itupun aku sort je dulu. Especially resit2. Yang kupon dah expired semua aku buang. Bila masuk running memang banyak dapat kupon. Paling banyak kupon beli kasut Brooks RM120 untuk kasut berharga RM300 dan ke atas. Tapi ikut nasihat kasut terbaik ialah Asics.

Juga kemaskan dan check up list barang baby yang nak dibawa ke hospital dan ke rumah Puchong. I nak berpantang kat sana.

Dah kemas bagai memang penat wehhhh. Last sekali dapat gak bentang karpet baru yang dibeli untuk dipakai ditukar ketika raya puasa tahun lepas. Karpet Jakel je.

Kemudian dah mengah. Tapak kaki la paling azab. Mak mertua call pun kata jangan kerja lebih. Aku lak menjawab biar senang beranak. Lagi pula Zcat takde lagi senang kerja nak buat. Semua yang hilang pun dah jumpa. Ahahaha.

Petang pergi KLIA ambil Jija. Pastu makan di Auntie Aini kat Nilai.

Malam aku nak tidur je. Alhamdulillah baby pun macam faham je kurang aktif. Hehe.


4 ulasan:

  1. Org ckp timpe pregnant tak boleh mnum kafein. Tpi aku everyday mnum teh tarik sbb ketagih. Cuma limit 1 hari, sekali jer. Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku hari2 minum nescafe or teh. Takpe maximum 3 gelas. Itu yang aku baca lah.

      Padam
  2. Sbb family aku de history kencing manis, takut time ngandung kena kencing manis. Tu yg aku avoid. Klu kena time ngandung nk ulang alik klinik tu yg malas. Hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak aku siap ajar sebelum nak pergi test gula or darah minum air banyak2..Pastu elak makanan manis.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.