Rabu, 16 Mac 2016

Tab Untuk Aqlan

Bulan ni banyak betul Aqlan dapat hadiah. Aku juga yang masih belum belikan apa2 untuk dia.

Let me think what should i buy? Or maybe i should create something for him?

Ok sejak iPad abah dia retak beratus tu dan sudah pun dibaiki, kena caj RM230, maka untuk mengelakkan perkara berulang maka abah dia bawak balik tab hari ni untuk dia. Beli kat Lazada je RM159.  Sekali Lazada buat sale sempena tahun ke-4 so ada yang boleh dibeli pada harga serendah RM90. Tapi takde gambar Cars la.



Adakah ia memberi kesan buruk pada anak apabila memberikan mereka gajet pada usia yang sangat muda?

Aqlan bila aku lihat tabiat dia dengan tab hanya khusyuk bila kat rumah tapi aku selalu je ambil dari dia kalau rasa dah lama.

Kalau ke luar atau ada benda lain dia akan abaikan tab. Dia tak peduli sangat. Tab macam isi masa senggang dia.

Dan dari tab dia belajar banyak perkataan baru.

Baru2 ni dia tengok kalendar. Tapi tentulah payah nak ingat kan.

Yang pasti ABC khatam. Warna asas dah cam. Nombor 1 hingga 10 sudah. Kenderaan banyak disebut car aje.  Baru kenal truck. Plane.

Jangan tak tahu cakap Melayu sudah. Tiba2.

2 ulasan:

  1. ada baik ada buruk....fayel ada tab n handphone sendiri...baik nya dia learning english dalam tu...buruknya asik mengadap je...apa aku buat..ada rules...aku tak cas heheh...weekend saja boleh main

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.