Rabu, 23 Mac 2016

Sampai Dah Dressku!

Ini gila. Sebab first time dalam hidup aku beli dress melalui online shopping. Ini sangat gila sebenarnya bagi aku yang super cerewet bila membeli pakaian. Lagila bila baju tu harga lebih seratus.

Dengan keadaan aku yang tak bekerja...ada hati juga nak pakai cantik2. Harga masih mampu setelah dikumpul duit sara hidup pemberian suami. Hahaha. Macam drama sangatla.

Ok. Aku sebenarnya nak pergi butik beli dress. Aku cari kat online dulu tapi tiada yang menarik.

Bila aku type Black & Tie Dress memang banyak ya yang keluar. Tapi memang sexy maxi la.

Kemudian aku ingat nak jahit kain kembang fabrik tulle. Sampai ke Summit aku cari kain tapi dah habis stok kata staff kedai Fantastic Fabric tu. Erhggghh terus aku geram aku beli baju siap online je.

Laki aku berapa kali juga tanya aku..dan aku pun berapa kali tunjuk baju mana aku nak beli. Ha laaa laki pun boleh tahan cerewet bila tengok aku beli baju. Dia pun decision maker jugak.

Sudahnya aku nak beli dari Zalora je. Tapi aku risau tang pergelangan tangan jika tiada butang atau zip ke..bukan apa kang kalau nak solat susah aku nak singsing lengan baju. Maka aku kuburkan dia.

Kemudian aku tengok kak Poplook bahagian Wedding & Celebration. Aku kenan satu black dress fully lace. Aku tengok Jumaat. Dah aku ingat nak order Isnin..dah sold out. Padanla muka kan.

Sudahnya aku pergi new release jelah. So aku jumpala sehelai. Tunjuk kat laki dia approved. Dah..senang aku bayar..tunggu je sampai ke ofis laki. Aku malas dipos ke rumah walau aku ada kat rumah. Hahaha. Kotnya tertido naya je nak kena amik kat pejabat pos.

Maka sampailah dress aku.. dan syukurla muat je cuma labuh. Hopefully bila pakai kasut tinggi tu cantik jelah terletak. Tengok takat mana aku boleh tahan dengan kasut tinggi tu. Hahahaha.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.