Isnin, 14 Mac 2016

Ke Kamdar Lagi

selepas aku tunjukkan telekung abaya aku yang separuh siap tu kat mertua dan adik ipar terus diorang pun nak jugak.

aku pun nak ke Kamdar la beli kain untuk diorang.

dah alang2 laki pun nak suruh jahit kurta. okayla sayang....hahahah sungguh geli panggil laki sayang. cam nak muntah.

kami ke Kamdar Kajang lagi. sebab laki suka, parking depan kedai. terussss naik dah pilih kain takyah pening kepala kalau macam ke Kamdar Jalan Tar.

kain ada diskaun 10%. untunglah....tak tahu sale kan. maybe sale cuti sekolah?





Kain cotton ni sangat bagus. Harga pun kalau kau beli pakaian dah siap guna kain ni memang sakit hati juga. Sebab kain ni RM18.90 semeter. Aku nak beli sebab mak mertua dan adik ipar pun minta tolong jahit telekung abaya lepas tengok aku punya. Tak jarang. yak panas.

lepas tu cari lace border untuk dijahit pada telekung. puas cari kat bandar Kajang tak jumpa.

last2 pergi Bandar Baru Bangi. kat seksyen 4 kedai Kharysma Store

terus aku jatuh cinta dengan kedai ni. pengsan la.......Melayu punya lagilah aku nak menyokong kan. lama jugak aku membelek lace kat situ. macam ada beratus2. pinar mata tengok wei...

kemudian kami singgah rumah kak cupa dan jumpa mak. sukalah mak jumpa Aqlan. hehehe.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.