Jumaat, 25 Mac 2016

Menghadapi Budak Muntah

ah siapa suka kena muntah budak? dah jadi mak2 ni ko hadapkan ajelah tak payah nak geli2. sebab masa kita baby pun tah berapa kali mak atau adik beradik kita handle kita bila kita membuang tu.

aku dulu anak buah aku muntah aku tak boleh nak handle. sebab aku nak termuntah sekali. taktahulah aku loya sangat tengok budak muntah ni..sampailah aku menghadap Aqlan, aku control diri gila2. jangan nak tambah muntah pulak ya.

so kami ke Chilli's Paradigm Mall. nak makan nachos dan triple dipper dan of course kids food yang murah...free flow air boleh minum sampai kembung.

tengah2 syok makan, anak aku muntah....sebabnya kami biarkan dia makan sendiri. haaaa anak aku kalau makan sendiri suka laju2 kunyah dan telan. bila tak terdaya mulalah muntah. tindakan aku?

kalau ikut amarah memang kena anak aku tu. kat kedai kot...atas baby chair.....

tapi sebab ada laki aku yang sangat penyabar maka dia terus cakap jangan marah, sabar, lap budak tu.

jadi...aku punya step...

  • keluarka tisu basah.. lap segala muntah yang kelihatan. ko tak payah nak sayang duit kedek nak beli tisu basah antibacterial. sebab situasi macam ni anytime can happen. and it happened to us a lot. bakal2 ibu, sedia ya..
  • lap pada diri anak tu dulu kalau boleh. kesian dia sebab dia pun geli. ingat ya muntah itu najis. jadi bersihkanla betul2.
  • lap meja atau kerusi yang kena muntah, memanglah itu bukan rumah kau..tapi pekerja kat situ bukan di hire untuk jadi bibik kau...bersihkan najis anak.
  • informlah kat pekerja kat situ juga situasi anak tu supaya nanti diorang akan cuci bersih2 area kena muntah tu untuk next customer. kot diorang tak nampak nanti, orang lain datang ternampak mesti bagi bad reputation.
kemudian kami pun minta ditapau segala makanan yang tak dihabis makan sebab masih banyak...sepatutnya nachos tak boleh ditapau, tapi seorang pekerja wanita hari tu kata tapau jelah sebab masih sangat banyak, sebab lagi kalau tak diorang akan buang jugak which is membazir. kat sini aku dan laki memang impress dengan sikap mereka.

aku hanya buka baju anak kat area parking kereta, sebab masa tu kami tak bawa baju lebih. selalu bawak, apalah nak buat, lupa pulak. kedai2 baju pun dah tutup masa tu.

pasal aurat anak2 ni jagalah sejak kecil. memang diorang baby tapi kalau diajar sikap malu diroang pun tak suka membogel depan orang asing. aku pernah tengok depan mata aku 2 kes...anak perempuan lagi...umur pun dah macam masuk sekolah rendah. maknya biarkan ajak dia berseluar dalam lalu dalam kawasan orang ramai. Ya Allah ibu2 sekelian, tolong pelihara keaiban mereka agar mereka malu untuk membukanya bila dah baligh nanti.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.