masa birthday aqlan, yome datang bawak CPU dia problem. mengetahui abang iparnya pakar IT, sanggup dibawaknya dari Seremban. haaaa..
jadi hari ni dia datang nak ambil balikla. dah siap pun lama dah. ingat kami nak hantar pada Sabtu lepas, tapi pakcik isterinya pula meninggal dunia, jadi mereka semua balik ke Serting la. minggu ni pun kami dah ada hati nak terjah rumah yome tapi dia nak keluar 4 hari pulak. so aku pun ok je dia inform kata nak datang lepas zuhur or asar or maghrib.
rupanya hari ni dia ambil cuti bawak anak2 tengok wayang. yelah anak2 dah pandai tengok. anak aku tengok TV pun bukan nak perhati sangat. hahaha..
sebab dia pun bagitahu nak makan last minute, jadi apa yang ada jelah. so ikan bakar cencaru, dan telur goreng jelah aku masak. mak mertua dah siapkan masak udang peria.
seronoknya aqlan bila sepupu2 datang, sibuk dia nak kacau diorang makan. seronoknya budak2 tu datang dapat main2 permainan aqlan. aku bukan kisah. tak mahu anak kedekut mainan. tapi budak biasalah time tulah dia nak pegang semua mainan dia. dah kami hantar anak2 buah ke tingkat atas mainlah puas2. macam2 mainan ada. kat bawah ada kereta2 je.
Khamis, 17 Mac 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.