Isnin, 7 Mac 2016

Kalau Sinki Tersumbat

Geramnya sinki buat hal lagi. Macam2 dah laki guna untuk hilangkan sebab sumbatan. Kita akan fikir lemak ayam dan minyak. Sampah2 kecil yang tersumbat.

Lalu dicurahkan dengan Mr. Muscle 2 botol terus. Dengan harapan masa majlis Aqlan takda masalah sebab nak masak2 bagai dengan tetamu pasti ada yang terlepas ke dapur nak cuci tangan..walaupun dah tersedia powder room.

2 hari sinki tak buat perangai. Masuk hari Jumaat dia buat balik. Camna ni. Sabtu nak buat majlis. Terpaksa tangguhkan dulula.

Mak mertua datang cakap paip tadahan sinki tu bocor. Erkk mungkin perlu diganti the whole set. Which is tak sempatla Sabtu tu kan.

Ahad mertua balik. Kami pun masih tak larat. Hoiiii nak patah pinggang masing2. Majlis anak umur 2 tahun je. Kalau dah 25 tahun nanti camne.

Isnin barulah laki sempat nak menukar paip bagai. Maka aliran dah bertambah baik. Seronok banyak nak buat kerja dapur.

So korang kalau dah sinki tu buat perangai sangat tukar je. Tapi nak jimat kena tukar sendirilah. Kalau pakai plumber aku memang tak tahu caj berapa.




1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.