In

Ipad Jadi Penyelamat

Ni kisah budak kecik bawak ipad sambil tengok sambil turun tangga. Macam expert sangat kan.

Sekali tergolek aku dengar dari bilik bawah. Cepat2 pergi ambil dia. Sempat golek 3 mata tangga dari tempat ipad jatuh.

Kesannya dapatla benjol kat dahi dan sedikit sangat luka.

Berdasarkan ipad...laki aku assume Aqlan jatuh atas ipad. Aku rasa ipad tu terbalik bahagian skrin mencium anak tangga dan retakla ia....

Jeng jeng jeng. Sudahnya abah dia cakap nanti beli lain je untuk dia. Tapi bukan ipad la.

Ok ipad tu memang la laki punya. Tapi sejak bagi anak pakai dah jadi macam budak tu punya pulak. Asyik tengok Youtube belajar itu ini. Banyak pun ipad ni membantu anak aku mengenal benda2.

Kami pun ada beli dia buku2 dan barang2 mainan yang digunakan untuk merangsang otak dia. Seperti koleksi makanan. Jadi takdelah semuanya dihujung jari je. Kadang2 dia datang pada aku sambil bawak buah oren dan cakap Orange. Ya....anak cakap Inggeris aje. Ada sebelum tu puas kami fikir dia cakap apa...rupanya dia tengok Youtube bahasa Perancis.

Dah takde ipad...handphone aku la jadi mangsa Youtube dia. Ipad tu bukan tak boleh guna tapi sebab keretakan sampai ke skrin dalam jadi kena perbaikla.


Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...