sampai sudah sample untukku. aku bukan buat review, tapi ya aku suka dapatkan sample dan cuba. bila dah cuba dan seronok dipakai aku akan beli dan war2kan pada sesiapa yang aku rasa nak hebahkanla. most probably aku akan akan cakap kat blog ni. haha sebab aku dah tak bekerja, ya memang makin kurang aktiviti sosial aku. tinggal aku nak join ke tidak je...
aku tak dapat gunala buat masa ni memandangkan baru je lepas minggu period. selepas 3 bulan tak period aku kadang2 bercerita juga pada laki. dan kalau mak mertua pun kata tak payah nak cepat2 dapatkan anak kedua jadi ko sendiri fahamla. hahahaha..so bila period, aku lebih kepada lega la takdela aku kena jumpa doktor. hahaha. teruk betul. ya aku punya cycle period sangat teruk. paling lama tak datang period 8 bulan. masa tu aku sekolah lagi. doktor cakap takde apa2 pun. kadang2 kita rilek tapi orang sekeliling suka takut2kan atau bagi tanggapan negatif. sebab tu aku suka avoid negative person. sudah2la cakap tak membina tu, senang jumpa doktor. most of the reason gangguan emosi. mampu 8 bulan emosi?
baik jangan lupa catatkan tarikh period tu. dulu2 takde apps kan aku tulis dalam buku sejak first aku kena period...umur 13 tahun. now aku update kat apps je. baru2 ni aku tengok balik kalendar tahun 2013 bulan 6. aku dianggarkan untuk tidak mengandung sebab aku period 2 bulan sekali tahun 2013. sekali.....zasssss aku sedar aku mengandung masa kandungan dan 17-18 minggu. nasib kau selamat nak...Alhamdulillah.
aku tak suka guna Kotex sebenarnya sehinggalah aku dah melahirkan anak. so aku nak cuba apa best Kotex Odor-Care ni.
please girl, tukar pad 3-4 jam sekali untuk elakkan jangkitan kuman. dan bau yang kurang enak tu. teringat zaman belajar dulu2....adududududu macam2 cerita dengar dari kawan2.
Khamis, 31 Mac 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.