untuk orang tak bekerja macam aku, dapat duit cash kat tangan sudah cukup besar maknanya. dan maknanya janganlah membazir sangat.
sempat juga dia tunjukkan kat aku apa dia beli bila dah terima bonus tu. hehe..aku gelak je sebab dulu aku dapat bonus mesti beli benda besar2.
cerita pasal duit bonus yang aku nak tunjukkan usaha tu...aku beli peti ais & mesin basuh pada tahun 2009. itu sebab 1st time aku dapat bonus masa kerja dengan Nadin. tahun 2010 aku tak beli apa2..yang besar...tapi aku pindah rumah bujang sewa sorang2 pada hujung tahun tu...kira pakai bonusla duit deposit. tahun 2011 aku beli TV & sofa Ikea...2012 sebab aku nak kawin jadi duit aku banyak habis kat hantaran dan baju kawin. sobs. hahaha. jap 2013 aku dah pregnant tapi tak sedar...berapa kali mahu cerita daaa....tahun 2013 aku beli S4 dan settlekan PTPTN aku..diskaun 20% mahu aku tak rebut..lega mak...2014 aku dah melahirkan anak dan badan aku mengembang jadi ya aku banyak shopping baju yang nursing friendly. gila kau.. aku beli baju dynaz tak fikir banyak sebab masa tu baju dia je famous nursing. sekarang berlambak butik muslimah buat baju nursing. 2015 aku beli tudung segera Hijabiza secara borong. dah....so 2016 apa aku beli dengan duit bonus adik ipar bagi?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.