In

15 Zulkaedah 1436H - Jamuan Makan Eratkan Hubungan

Kami dijemput abang bad untuk join makan2 kat rumah iparnya di Saujana Utama Sg. Buloh. Sebenarnya lebih kepada jamuan sebelum tuan rumah berangkat ke Mekah untuk membawa kumpulan orang untuk mengerjakan haji. Tuan rumah dah pergi berapa kali dah.

Mula2 kami ikut kereta abang Lut pastu kami berpisah jalan. Kami masuk highway. So end up kami sampai dulu. Abang Bad kena jemput mak dan abang lut yang terpusing2 jalan padahal dah dekat dengan kawasan rumah.

Kami sampai sebelun jam 6 petang. Majlis start lepas maghrib. Ada tahlil dan bacaan doa selamat. Kami nak jumpa keluarga je. Nak borak2 time ni sebelum lebih ramai tetamu datang. Sebab jemputan 300 orang. Kami datang pun sebab abang bad tu teringin sangat nak jumpa Aqlan sebab tak pernah jumpa. Kak ipar aku suruh balik lepas maghrib je..sebab ada 40 orang artis datang...mak tak minat artis. So its like i don't care.

Nak jadi cerita rupanya biras aku ni suaminya Ustaz Zul Ramli. Aku blur.? Penceramah kat TV9. Nampak tak..aku bukan tengok TV9. Maafla...adoyai..anak dah 7 pun weii. Semua info ni abang bad cepat2  bagitahu aku sebab aku blur bila sampai rumah diorang. Tuan rumah sangat sibuk. Yelah aku tengok rupa macam kenal tapi kat mana eh?

Semua makanan diorang masak sesama sendiri ahli keluarga. Tak suka catering.

Ada juga tetamu yang datang jumpa aku tanya kenal tak? Kenal? Takkk. Katanya pernah mengajar aku? Maaflah kalau dah 28 tahun lepas aku memang tak ingat sangat. Aku ni ingat guru yang buatkan aku semangat lebih nak belajar atau aku memang ada beberapa peristiwa yang buat ia terpendam dalam minda buat selamanya.

Selamba aku minta air. Air asamboi yang datang. Wahhhh cam restoran.

Kalau dah masakan rumah....semuanya memang sedapla. Banyakla aku makan.

Sangat sedap laksa ni kak ipar aku masak. Siap tapau bawa balik.

Aku suka makan nasi. Aqlan suka makan yong taufu






Suka la tu abang bad jumpa Aqlan. Orang dah takde anak kecik memang camni. Kami je baru start enjin. Hahahahaha. 

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...