Sabtu, 29 Ogos 2015

14 Zulkaedah 1436H - Tak Sangka Bertemu Bekas Pensyarah

Hari ni pergi wedding kawan seofis Encik Sebelah. Anaknya kawen di Dewan Gemilang UKM. Aishhh mengimbau sangat sebab aku pernah belajar di sana selama 3 tahun setengah.

Kami sampai dalam jam 12 lebih. Panas terik. Cari port parking kereta bawah pokok kat belakang dewan. Jadilah.

Masuk dewan je biasalah menyapa bapak pengantin. Aku senyum je. Tak kenal. Bukan kekwat k.

Aku makan dulu. Husband nak jaga anak. Okaylah aku beratur ambil hampir kesemua lauk. Ada lauk nasi ambeng. Jawa sangat.

Makan2 satu meja dengan beberap orang lain tak dikenali. Lepas satu2 couple suami isteri pergi. Ya dewan ni ada bahagian lelaki, perempuan dan keluarga. Tapi aku tengok dah tak tersusun. Tapi mostly tetamu sangat beradab.

Anak aku je haaaaa jalan kaki seronok sangat nak bersosial. Aku makan. Husband jaga.

Kemudian ada satu keluarga ni datang. Aku ye tegur anak dia kenapa tak makan demam ke.  Yelah dahla aku duduk seorang makan rasa akward sangat baik aku mula borak. Hahahahaha.

Borak sikit dia katanya kerja di UKM. Aku tanya jabatan mana? Matematik. Phew.. saya dulu belajar akaun. Cheh nak juga bahitahu kan. Padahal orang tu tah tah pangkat besar. Alaaa orang berbudi kita berbahasa la kan.

Katanya ni yang buat majlis Ismail. Dia tu anak murid bapa saya. Aku lak jawab saya kenal seorang je Ismail, pensyarah akaun masa first year. Tapi dia naik wheelchair dan saya pernah tolak kerusi dia masuk lif.

Haaaaa dialah tu..dia memang naik kerusi roda. Dia lumpuh.

Wahhh aku apa lagi.. bersinar biji mata.

Aku kalau jumpa bekas guru memang excited.

Makin rancak bual. Kemudian beliau sekeluarga minta diri.

Lepas makan aku terus pergi jumpa beliau. Aku kena sapa. 14 tahun lepas dia mengajar aku.

Jumpalah....dia kata minta maaf saya tak kenal. Tak ingat. Aku cakap takpe. Saya anak murid saya ingat..Encik Ismail banyak anak murid mana nak ingat semua.

Wahhh aku dah excited. Sebelum balik minta husband ambilkan gambar kami berdua. Nak update kat IG. Nak bagi ingat ke kawan2 sepengajian.

Pengantin aku tak ambil gambar k. Aku tak kenal. Aku kenal bapak pengantin lelaki. Husband pun kenal bapak pengantin perempuan.

Habis. Happy aku sepanjang hari.

Dewan Gemilang UKM. Mengimbau kenangan banyak sangat.

Terima kasih Tuan.

Muka ceria je. Katanya nak ambik gambar banyak pun takpa.

2 ulasan:

  1. Wah...seronokkan..lepas 14 tahun baru jumpa..kecik je dunia nikan anis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tapi kalau Allah tak izinkan takkan jumpa juga..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.