Isnin, 31 Ogos 2015

16 Zulkaedah 1436H - Bahaya Shopping Dengan Kawan Perempuan

Sebab mereka akan mempengaruhi kita. Ya jika mereka jenis shopping la. Kalau bukan jenis tu memang takdelah. Lagi bahaya dia anggap shopping ialah terapi. Waduhh.

Aku pernah shopping camtu camtu je sebab frust bercinta. Kah kah. Nasibla bukan gila barang branded. Beli pun barang yang memang nak dipakai. Bukan pakai beli je. Hentam asal mata nampak cantik. Padahal nafsu dah merajai diri.

Ok berbalik pada shopping sebagai terapi dan jadi mangsa pujukan kawan untuk menyoping.

Paling aku ingat shopping barang mekap dengan ketuanya, Mimy kat MidValley. Tak ingat pulak jenamanya. Tapi memang habis 200++ jugakla. Cisss. Barang mekap nak expired, so diorang jual murahla. Aku dah buangla tahun lepas lagi.

Kemudian....adik ipar aku memperkenalkan aku dengan L'occitane. Hurm masa tu baru balik Pulau Perhentian memangla kulit aku jadi sedihhhhh..

Lama gak aku pakai tu. Siap ulang beli. Tapi cam takde wahhhh sangat.

Kemudian dia ajak pi Kiehl's pulak. Yang ni aku tak overspending la. Tah aku tak de mood sangat lepas bersalin masa tu. Hahaha berjaya..

The Body Shop pun tak sangatla walaupun aku sign up jadi ahli.

Hari ni...hari ni...The Face Shop. Kedai kosmetik Korea. Last Saturday lagi dia dah memujuk. Krim Kiehl's aku pun dah nak habis.

Aku macam teringin nak pakai Seqy Beauty sebab asyikla tengok Mekchu post kat instagram. Ayat2 marketing mekchu tu pun boleh tahan..

Tapi tulah aku ni nak beli barang online susah sikit kalau berkenaan kosmetik  ke facial matters ke atau baju2. Sebab aku nak test.

Aku juga hampir selalu tengok bedak inovatif terbaru dari Korea..bedak yang basah2 tu. Laneige. Aduii bedak ni memang mahal kalau tengok di kaunter2 mekap shopping mall.
Credit to Google Image

Ada juga bedak yang hampir serupa dengannya yang aku lihat di page Minimarketkorea oleh snfad_diela. Huh.
Credit pic from minimarketkorea. Kat sini barang korea banyak betul. Tapi aku susah nak terpedaya dek sebab aku suka test.

Bedak Farmasi yang aku beli sorang2 tu pun belum banyak digunakan.

Dan hari ni rupa2nya kulit muka aku kering. Bukan kombinasi lagi dah...apa? ? ?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.