Selasa, 25 Ogos 2015

10 Zulkaedah 1436H - Sebulan Lagi Raya Haji

Ah ye cepat benar masa bergerak.

Usia bertambah. Badan makin tua. Tenaga makin kurang. Anak makin membesar.

Berita kak pa nak pergi haji tahun ni amat mengejutkan. Takde cerita apa tiba2 abang musa tanya siapa kot2 boleh tolong jagakan 3 anak dia. 2 orang sekolah rendah. Ayub baru 3 tahun. Kenapalah lagi 3 minggu je nak pergi baru nak cakap.

Aku tak jawab apa2 sebab aku macam nak tolong tapi aku nak pindah. Nak kemas barang jadi kerja aku asyik ulang alik Ampang dan Puchong. Aku tak boleh duduk rumah diorang. Aku ada hati nak jaga tapi aku tak mahu duduk sana. Encik Sebelah pun kerja dan banyak sangat meeting sekarang ni.

Hati aku sedih. Kenapa sampai abang musa yang kena cakap. Kenapa kak pa tak cakap sendiri. Aku datang rumah dia malam tu. Dah balik rumah dapat mesej kat whatsapp dari abang musa.

Adik beradik aku sepah2 duduk. Mereka boleh jaga Ayub. Dina dan Baby sekolah jadi susah lah sikit.

Haiiiiiiiii.....aku doa adalah orang nak jaga anak2 tu.

Kalau ada abang2, kakak2 dan adik aku yang baca luahan aku ni...aku minta difahami je. Janganlah cakap kenapa aku tanak tolong. Padahal aku dah tak kerja kan. Tentu ada kelapangan.

Aku dah nak pindah. Dah nak masuk 3 bulan aku tak kerja. Kalau terus menyewa kat Ampang ni rugilah.

Aku pun nak buat kerja sampingan. Selepas aku pindah sepenuhnya. Sekadar nak lepaskan sikit ketensenan aku je.
Peluk mama ketat2 


1 ulasan:

  1. Kadang2 bukan tak mahu tolong, tapi urusan kita pun banyak yang tak beres, kan? :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.