Khamis, 20 Ogos 2015

Ya Allah Rezeki...Syukur. Terima Kasih Hijabiza.

Aku ni sekarang macam suka beli barang online balik. Tapi tudung jelah buat masa ni. Sejak terkena dengan Dealmates aku stop.

La ni trending tudung 2 lubang. Aku mula2 pun try beli yang satu lubang 3 helai, aku bagi mak mertua dan adik ipar, tengok diorang suka ke tidak. Lepas tu puas hati sebab takyah gosok dan kejap je pakai plus kain dia tak jarang, jadi aku belilah yang 2 lubang.

Aku terus beli 21 helai hari dia launching. Jumaat selalunya. Pakai kat ofis- masa tu kerja lagi..ada yang berkenan. Aku pun juallah 5 helai. Ingat nak pakai semua..haha tamak. Sebab mudah aku memang jarang dah pakai tudung guna pin ni. Lagi nak dokong anak kadang2 tudung memang boleh senget benget.

Yang 2 lubang ni kalau adjust boleh bawak solat. Sebab labuh. Kalau nak fesyenkan pun boleh jadi silang atau 2 3 layer. Ada juga cadangan jadi kardigan.

Now keluar kaler baru lagi. Aku beli 3 helai warna asas. Hitam. Coklat dan bahulu katanya. Ehehehe. Yang bestnya bila koyak parcel ada 4 helai. Syoknya  dapat sehelai free.

Aku anggap itu pemberian balik sebab aku ada bagi sehelai kat kak ted sempena birthday dia 2 Ogos lepas.

Yang bestnya kaler yang aku dapat tu memang aku takde. Macam tau2 je diorang ni.

Thank you Hijabiza.


1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.