Isnin, 31 Ogos 2015

Terjebak Dengan The Face Shop

Ni semua sebab ajakan adik ipar aku. Dia dah mula pakai lepas tu cakap best. Kemudian suruh aku cuba juga. Ditekankan pula ada promosi 30%+10% sempena bulan merdeka 2015. Tapi....ya ada tapi..kena beli 6 items ke atas dan jadi ahli.

Jadi ahli senang je. Bagi nombor dan no. IC. Tapi aku guna keahlian dia sebab aku barulah nak daftar. Dia dah daftar Sabtu lepas di Paradigm Mall.

Mula2  dia dah ambil 2 barang. Aku ambil 1 dan seterusnya tiba2 semua dah jadi 10. Hello?

Promoter nama Azura tu pulak pandai melayan. Aku kalau orang pandai melayan aku ni aku suka. Lebih2 lagi dia ada pengetahuan pasal produk. Jangan jual kosong. Aku tak suka.

Masa kat Paradigm dia dah pujuk tapi yelah time tu kedai pun nak tutup. Aku pulak dok berkejaran dengan anak. Tapi kali ni...husband rela jaga anak...ahemmm habislah.

Disebabkan 31hb last day August jadi promoter tu beria pujuk. Aku nak ambil set trial dia kata baik ambik terus yang biasa sebab diskaun gila2. Pastu ada barangan buy 1 free 1 pulak. Heyyyyy..

End up...


Aku hanya perlukan moisturiser kenapa ada 5 lagi yang lain? Jumlah asal RM566.44. Bayar RM347.50. Jimat RM218.94.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.