Isnin, 24 Ogos 2015

9 Zulkaedah 1436H - Luncheon Together At Jaya Grocer

Tengah tidur baik punya dapat call dari Encik Sebelah. Jom lunch kata beliau setelah habis meeting di Suasana Kijang.

Maka kami berdua pun cepat2 bersiap. Bawak air ribena dah. Alangkah seronoknya kan....Aqlan ni dah pandai, tahu bila aku pakai cantik2 nak keluar. Nampak sangat mama ko ni agak comot dirumah. Haha.

Kami ke Main Place. Aku tak pernah sampai tempat ni. First time. Banyak naa shopping mall sekarang kan. Either meletop or lingkup je bergantung kepada marketing dan management.

Masuk je parking nampak signboard BELANJA RM30 KE ATAS DAPAT 2 JAM PARKING PERCUMA. Sape tanak free parking dalam kawasan bertutup pulak tu. Encik Sebelah ni nak guna touch n go je tapi aku ingatkan dia. Aku cakap makan mesti lebih RM30. Guna jelah kelebihan tu.

Pastu naik je jat concierge aku tengok signboard tu lagi. Adakah makanan termasuk. Kot2 kena shopping selain makanan baru dapat kan..ok tak. So proceed. Pastu nampak stroller untuk disewa. Deposit RM50 untuk 3 jam pertama which is bila dipulangkan akan dapatla balik deposit tu.

Masuk2 je terus p makan. Kata tujuan utama. Kami ke Jaya Grocer. Kedai makan dalamnya nama Alfresco. Mmmm aku nak makan salmon. Boleh share dengan Aqlan. Encik Sebelah makan pie. Aku ada lagi additional. Mash potatoes. Haha.




Lepas makan terus balik. Dia nak p meeting kat Putrajaya pulak.

So kena datang lain kali baru boleh dikira mall hoping.

Terms parking tadi tu untuk weekdays je yer...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.