Kami bertolak ke bangi nak ambik mak untuk dibawa ke Uniten. Mak excited nak tengok cucu grad. Oh mak ku...
Dah nak ambik mak, baby dan ayub anak kak pa pun nak ikut. Keta dahla kecik haha..6 orang naik. Nasibla kanak2 tu tak banyak karenah. Tak bagi ikut mulanya. Dah si ayub tu taknak dengar cakap umi dia dan terus ikut aku naik kereta. Hahaha. Adoiii.
Sampai Uniten semua jalan nak ditutupnya. Ibu bapa je boleh parking dalam. Tapi Encik Sebelah cerdik. Dia masuk jalan belakang, angkat tangan kat guard...settled. kalau tak kena parking jauh dan naik bas pergi dewan.
Oklah kami still kena jalan kaki sebab memang tak boleh masuk parking sebelah dewan. Gigih kami jalan tengah2 panas naik bukit.
Tunggulah nak dekat sejam jugak baru ema turun dengan kak ted satu family. Dari duduk bawah bumbung zink yang boleh tahan air peluh mengalir laju kami pergi masuk kat foyer.
Legalah sikit......
Ramai gila graduan. Terus teringat zaman grad 11 tahun 8 hari lepas. Tapi.....tak boleh lawan jumlah masa aku grad. Dari Jumaat sampai Isnin.
Yang penting bunga coklat. Jangan kau cair...lama dah plan nak bagi ke Ema.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.