Khamis, 20 Ogos 2015

5 Zulkaedah 1436H - Yes! Akhirnya Aku Berjaya Edit HTML

Setelah beberapa minggu gagal membuat sebarang penyuntingan, hari ni baru berjaya.

Hari ni, selepas scroll ke bawah selepas entry blog dan previous next entry, author nama aku, gambar memang dah confirm muka aku malahan info pasal aku pun dah berjaya ditukar. Dah takde gambar perempuan tak pakai tudung minum dari mug dan ayat 'lorem' tu.

Ah leganya. Semuanya dapat dibuat selepas netbook aku dah update OS ke Windows 10 Home secara free kerana Windows 7 aku sebelum ni original. Jika tidak kena bayar beratus dolar US jugak.

Syukurlah ada Encik Sebelah pakar IT.

Nak edit pakai smartphone memang agak sukar. Kalau ipad lagilah terkial-kial.

Mula2 aku yang edit. Tapi gagal. Kemudian Encik Sebelah datang tolong. Adalah terma2 IT yang aku pun berkata pada diri sendiri bukan tak pernah buat tapi kenapa boleh lupa? Sebab aku ni dah berapa kali tukar template.

Huish.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.