Masa umur aku 19 tahun aku underweight dengan BMI 17 dan berat cuma 43kg. Aku dinasihatkan untuk makan pil vitamin dan makan lebih.
Well aku minum susu penuh krim setiap hari kot. Nespray paling aku gemar. Kadang2 Everyday. Aku tak suka Anlene. Rasa dia teruk. Anlene coklat dah keluar barulah nak minum itupun...
Dah masuk universiti perlahan2 berat naik. Yang paling ketara peha la. Hahaha. Tapi masih pakai saiz seluar 24 25. Pheww..tak sampai 50kg pun.
Dah masuk dunia pekerjaan...ada lebih banyak kebebasan. Duit sendiri. Makan pun tak control. Aku macam everyday nasi lemak lah. Saiz pun dah naik 28 29.
Pakai saiz M pun dah kira gemuk rasanya time tu. So saiz S still masih boleh dipakai. Baju pun tempah kebaya aje. Oh masa ni aku tak boleh baju siap sebab kebanyakan baju siap besar. Ya walaupun saiz S. Baju kerja je beli. Kadang2 XS pun boleh.
Lama kelamaan makin naik. Makin bulat pulak. So aku pun join jalan lari. Ya aku tak mampu lari sangat macam masa kanak2.
Baju lari pun dah saiz M. Hahaha...tiba2 baju kurung siap saiz 38. Duhhh..
Lepas kawin makin naik. Naik sebab happy kawin ke sebab laki asyik bagi makan yang makin sedap..hahaha.
In the end aku naik dah 60kg.
Masa end of pregnancy naik dah 74kg.
Masa pantang hilang 10kg.
Tapi sekarang dia dok maintain 70kg.
Tapi aku takdela rasa penat bawak diri aku. Still turun naik tangga. Tangkap Aqlan yang lari lepas mandi. Tanak pakai lampin dan baju. Budak kan.
So kalau kawan2 lama tengok aku diorang akan pandang atas bawah. Cam....you put on weight.
Btw aku dah beranak. So aku cakap kat laki i boleh je kuruskan diri balik. Gitu yakin. Tapi....kalau nak anak no 2 i malas nak kuruskan badan. Hahaha. Boleh camtu?
Pengalaman ni...hahaha...menjadi gemuk dalam tempoh 4 bulan je...dan nak jadi kurus..makan tahun dah.. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.