Khamis, 3 Disember 2015

Ayam Goreng Bersalut Oat

Ni bukan resipi aku. Aku cuma tukar bread crumb kepada oat. Kan kolesterol dah lama tak cek. So kununnya lebih sihat.

Walaupun kepala weng2 sejak minggu lepas tapi kalau aku rasa sihat je terus bersemangat hidupku ini.

Aku tak dapat tidur lepas jam 3.30pagi semalam. Yang kurengnya masuk subuh elok aku tidur. Syaitannirrojim sangat. Kuss semangat hari2 kena doa dapat bersolat awal. Kalau terlepas doa tu memang lambat je. Geram betul dengan diri sendiri. Dulu2 ada je yang sound direct. Hurm rindu zaman kena marah2.

Sebab tak boleh tidur aku cari resipi ayam kiub. End of aku nak buat kari ayam dan roti jala. Alat jala takde. So aku jumpa ayam celup bread crumbs.

Masak ni mudah je kan.

Cuci ayam dan gaulkan dengan bawang putih yang dicincang dan garam. Marinated. Aku buat dia sejam sebab aku tengok HGTV. Hahahahaha.

Dah baca aturan pun still silap. Celup dalam tepung dulu. Baru telur. Baru oat. Baru goreng...

Satu je benda cuak. Risau tak masak dalam. Tapi pakai ayam kiub ni senang. Dah siap dipotong.










Disudahi dengan air Sunquick Mojito. Phew..
7up. Mint leaves.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.