Aku kalau free dan segar....memang aku rajinla buat. Selalu aku baca je. Aku komen bila aku rasa nak komen. Kalau tak..no comments. Cam artis sangat jawapannya.
Tapi aku ngaku bila ada orang komen aku punya entry aku pergi blog dia dan komen balik dan kalau tertarik aku siap follow blog.
Oh kalau blog 'aku la paling best' memang susahla nak ikut.
Mengikut pemerhatian aku orang suka benda2 simple. Life journey. Baca diary katakan. Sebab tu blog. Kalau nak bergambar selfie banyak pergi Instagram.
Orang juga suka resipi masakan dan travel.
Jadi blog aku ni aku suka cerita pasal makan...nak cakap pasal masak2 aku bukan pro ke. Amatur je. So kalau pergi tempat makan aku snap gambar tu antaranya nak ingat balik makanan tu sedap ke tak or patut tidak diulang.
Kisah anak, cerita pun takat tak boring aku nak cerita. Haha. Budak ni baca ke blog aku bila dia dah besar dan pandai membaca nanti.
Ada orang bercerita macam2 pasal dirinya itu ini. Ada yang datang komen kamu ni riak. Balas pulak kalau riak kenapa?
Ya Allah riak tu syirik kecil tahu ke tak?
Macam aku suka tengok orang pergi travel sana sinun. Cam bestnya diorang ni banyak duit.
Ko duit habis banyak ke makan kan..jangan cakap banyak. Itu kata aku pada diri sendiri. Tapi sebenarnya laki aku yang belanja semua bab makan dan travel. I want to show my gratitude to him by blogging about the treat. The food. So aku memang bersyukurlah.
Actually duit aku habis banyak ke baju dan produk penjagaan. Aku juga bila dah ada anak keje nak beli baju mahal pada harga murah untuk dia.
Ok apa ni..cerita pasal komen tapi melalut. Ni komen kat diri sendiri sebenarnya.
Tadi baru tengok Nuffnang akaun. Ada belas ringgit je. See blog aku ni picisan. Tapi aku tak kisah. Sebab pernah sekali aku tak blog lama...sangat.....
Laki tanya dah lama u tak blog kan.
Kadang aku tanya dia buat apa bila pegang Phone manjang. Dia kata baca blog u lah.
Blog selagi tak malukan laki. Selagi tak jatuhkan maruah sendiri.
Jangan nak blog pasal hal semasa. Walau kadang2 aku rasa itu yang dapat menarik perhatian. Macam...
KimK.
2.6 billon.
Artis meninggal.
Sebab....macam mana kalau entry blog kau menyebabkan kau berdosa sepanjang hidup. Nak mintak maaf. Dan entry blog ko mengundang fitnah. Sebab orang dok melawan komen kat bawah tu. Padahal diorang tak kenal sesama sendiri pun.
Nak tempah baju camnilah.. tapi bab skirt tu nak plain je. Tanak renda2. Image From Google. |
timekaseh ye cik kak anis sbb komen2 blog mrapu wak je tuuu ;)
BalasPadamSape nak baca blog dalam penulisan serius. Kita pun komen ikut dan.
Padamhaha..sy pk bnda sama kalau nk blog psl orang lain. Sbb..kite xtau benar atau salah halnya. Jadi baik jgn tulis.
BalasPadamTp sy jgk sebenarnya segan nk cerita psl 'hal sendiri'.
so,.. ok tak alasan dh kurang berblog sgt skrg.
haha
Takyah citer hal yang mengaibkan diri sendiri. Kelak orang guna untuk attack kita balik...
Padam