Sabtu, 26 Disember 2015

14 Rabiulawal 1437H - Kemas Rumah Part Berapa?

Entah banyak sangat dah part. Delay lama benar. Dah kalau sampai setiap minggu keluar macam mana nak kemas. Itu satu hal. Kalau suami pergi kerja, aku tak mampu nak kemas seorang diri dengan "bantuan" anak tu. Jadi suami ambil cuti panjang sampai awal Januari 2016.

Kami bersihkan bilik tidur mama dan ruang rehat di tingkat atas. Apabila dah siap kemas, ruang tu layak juga dibuat tempat tidur untuk tetamu. Kami juga asingkan pakaian untuk diberi. Lagi. Ya. Lagi. Apabila suka beli pakaian baru, pakaian lama masih elok dan tak mahu dipakai elok diberi pada orang kurang kemampuan. Pakaian buruk dan lubang2 kita buat kain buruk.

Esok kami sambung tingkat bawah. Adoi dah 3 bulan pindah pun belum settle.

Ada banyak barang perkakas dapur. Hadiah2 cenderahati perkahwinan. Cenderamata kenangan beli kat tempat2 pelancongan. Alat2 jahitan. Mainan. Beg2. Barang elektrik jadi ganda dua.

Aku memang impi rumah style ranco je atau ranch. Atau ada orang panggil rumah setingkat.

Bila dah berusia lutut pun lenguh panjat tangga. Kesian pada ahli keluarga yang sakit2 lutut atau dah berusia. Kita pun akan sampai saat itu juga. Jika Allah izinkan.

Anak turun naik tangga satu hal. Asyik nak kena jaga.

Esok ya..tak sabar nak set up bilik menjahit. Arghhhhh.

Jack jack pun dah tak kuasa tengok kotak2.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Jack jack ni kepala angin sikit. Maklum kucing tua. Hahaha

      Padam
  2. Jack!.but Not my jack. huhu. Sy pun idam dan impi rumah yg setingkat. now susah nk cari... semua projek nk untung byk buat doubles...triplet..bla bla..

    tggu beli tanah buat sendiri je la...tu pun xtau bila?

    haha. syedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat area bukan bandar jelah kot...jangan sedih chot. Usaha je dan doa dan akhirnya tawakal

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.